GARA-GARA menyatakan keinginan mahu mencabar diri melakonkan watak lelaki homoseksual, pelakon baharu Nabil Aqil menerima kecaman dalam kalangan netizen di media sosial. Mengulas mengenai perkara itu, Nabil atau Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin, 25, berkata dia hanya mengambil inspirasi daripada kejayaan watak dilakonkan oleh pelakon Gambit Saifullah dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa. "Tak mengapa saya maafkan netizen. Mungkin ramai yang salah faham dengan kenyataan saya sebelum ini. Nabil mahu kembangkan bakat dalam bidang lakonan. "Sebenarnya saya melihat kehebatan Gambit yang membawa watak gay sebelum ini membuatkan saya juga ingin mencabar diri sendiri. "Saya tahu bukan mudah untuk membawa watak tersebut dan bukanlah ingin membenarkan perkara yang salah (kelakuan gay). Tapi saya percaya setiap jalan cerita pasti ada mesej yang ingin disampaikan," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Bersentuhan dalam drama, Sharifah Rose lakon babak 'sweet' supaya penonton tidak bosan ARTIKEL BERKAITAN: Cukup hanya dalam 'Suamiku Lelaki Pendosa', Gambit Saifullah tolak banyak watak lelaki songsang Dalam pada itu, Nabil memberitahu dia ingin mencabar diri melakonkan watak tersebut kerana mahu menunjukkan kepada pihak penerbit yang dirinya mampu untuk membawa pelbagai watak. Baginya, tidak semua pelakon mampu menjayakan watak seberat ini, jadi sekiranya dia berjaya membuktikan kebolehan membawakan watak homoseksual, ia pasti membuka mata kepada penerbit untuk melihat bakatnya. Sebenarnya saya melihat kehebatan Gambit yang membawa watak gay sebelum ini membuatkan saya juga ingin mencabar diri sendiri. NABIL AQIL PELAKON "Saya hanya mahu orang di luar sana nampak kebolehan saya berlakon dalam menjayakan pelbagai watak diberi. "Mungkin selepas saya berani membawakan watak gay, penerbit terbuka untuk memberi peluang saya berlakon dengan lebih banyak karakter mencabar. "Sebab apa? Saya rasa watak gay ini bukan semua orang boleh buat. Kalau watak hero menangis, ketawa... semua orang boleh berlakon," ujarnya. Lakonan bersama Sharifah Rose menerusi drama Ku Punya Hati. Sebelum ini, tular di media sosial apabila Nabil menerusi sebuah video di TikTok mendedahkan dia ingin melakonkan watak gay dalam drama lakonannya. Aktor berkenaan turut memberitahu dia sentiasa terbuka menerima komen netizen tidak kira sama ada reaksi yang diterima positif atau negatif. Untuk info, Nabil sebelum ini pernah membintangi beberapa drama popular termasuk Ku Punya Hati, The Maid, Mr Grey, Marry Me Senorita dan Budak Tebing 3. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!