suria

Ramai peminat dari Sepanyol, inspirasi Dolla tampil single ‘Damelo’

Dolla muncul dengan single baharu 'Damelo'.

PENGARUH peminat daripada luar negara menjadi salah satu faktor bagi kumpulan Dolla melancarkan single baharu mereka yang diberi judul Damelo iaitu diambil daripada bahasa Sepanyol.

Menurut salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Tabby atau Tabitha Ariel Lam, 23, mereka turut mempunyai ramai peminat yang bertutur menggunakan bahasa Sepanyol.

Oleh yang demikian, kumpulan penyanyi wanita yang baharu memenangi Anugerah Kumpulan/Duo/Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35 (ABPBH35) ini mengambil inspirasi untuk melancarkan single baharu berkenaan.

dolla2 - 1

Dolla ketika sidang media pelancaran lagu Damelo.

"Kami sebenarnya mempunyai agak ramai Spanish speaker fan. Dekat Twitter pun ada peminat yang akan terjemahkan kami punya tweet dalam bahasa Sepanyol.

"Jadi, kami terfikir kenapa tidak kami menyanyikan lagu yang mempunyai vibes Mexican dan maka terhasillah Damelo," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dolla guna khidmat penulis Sweden, kembali dengan single rancak 'Look At This'

ARTIKEL BERKAITAN: Dolla cemas ditahan 'polis' tepi jalan, minta tunjuk kad kuasa kena marah pula - "Kami sangka akan dirompak"

Dolla berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharu berjudul Damelo yang diadakan di Publika, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Dolla turut menjelaskan peminat-peminat mereka yang berasal dari Brazil, Argentina dan Amerika Syarikat lebih memilih untuk mendengar lagu-lagu mereka dalam versi asal iaitu bahasa Melayu.

Dekat Twitter pun ada peminat yang akan terjemahkan kami punya tweet dalam bahasa Sepanyol.

TABBY

DOLLA

"Sebenarnya kalau dilihat lagu-lagu nyanyian kami mempunyai dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

"Kami ada juga kawan dari AS yang mengatakan mereka lebih suka mendengar versi bahasa Melayu berbanding Inggeris," ujar mereka.

Ditulis dalam bahasa Sepanyol pada asalnya, lagu Damelo diolah ke bahasa Melayu dan Inggeris oleh penyanyi rap wanita iaitu Sya dan diterbitkan oleh Joshua Tan atau lebih dikenali sebagai Hard Lights.

dolla1 - 1

Dolla mahu tampil dengan kelainan.

"Walaupun lagu ini ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, kami masih kekalkan beberapa bahagian dalam bahasa Sepanyol sebagai penghormatan kepada penulis asal karya ini.

"Kami juga terpaksa belajar sebutan bahasa Sepanyol daripada SonaOne dan adiknya untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan betul," jelas Dolla.

Damelo sudah boleh didengar di semua platform digital bermula 28 Julai lalu, manakala video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Dolla Vevo bermula 4 Ogos ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain