PELAKON Nabila Huda tidak pernah berniat mempersendakan penyanyi Masya Masyitah susulan meninggalkan komen bertanya mengenai artis kontroversi berkenaan. Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, dia memang tidak mengenali Masya dan pertanyaannya itu adalah untuk mendapatkan informasi susulan ramai sedang memperkatakan tentangnya. "Saya tidak ada niat pun ke arah itu (mempersendakan). saya memang jarang melihat media sosial dan tidak tahu apa yang berlaku. "Apabila keluar cerita tentang dia, saya jadi tertanya-tanya. Nabila juga sering meninggal komen di laman sosial portal hiburan. "Bila saya beri komen ada orang balas. Daripada situ saya dapat jawapan," katanya kepada mStar. Nabila ditemui ketika majlis malam gala filem terbaharu lakonannya berjudul Rahsia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas lepas tudung, Masya Masyitah tayang bulu kaki pula - “Tolong cukur dulu!” ARTIKEL BERKAITAN: Sampai ke London cari pil bantu hamil, peminat doa Nabila Huda dan suami diberi rezeki zuriat Tambah anak kepada penyanyi Datuk Amy Search ini, seperti orang lain dia juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan ingin tahu apabila melibatkan berita sensasi. Nabila berkata, dia juga tidak melihat statusnya sebagai seorang selebriti boleh dijadikan alasan untuk dia tidak dibenarkan mengambil tahu hal semasa. "Saya juga manusia biasa. Saya berhak untuk komen. Lagipun bukannya saya tinggalkan komen yang buruk," ujarnya. Saya juga manusia biasa. Saya berhak untuk komen. Lagipun bukannya saya tinggalkan komen yang buruk. NABILA HUDA PELAKON Nabila sebelum ini meninggalkan komen di sebuah portal selepas tular kisah Masya tampil dengan imej tidak bertudung. Berkongsi mengenai filem terbaharu lakonannya, Nabila menyifatkan Rahsia sebuah karya berat malah menyifatkan peranan sebagai Ramlah antara watak berat pernah dibawanya. Malah sepanjang penggambaran sekitar tahun 2019, Nabila cuba menjauhkan diri dengan suami dan anaknya supaya tidak terbawa-bawa apabila bertemu mereka. Barisan pelakon Rahsia yang bakal menemui penonton 10 Ogos ini. "Saya masih ingat ada keluar bersama suami ketika sedang menjalani penggambaran... ketika itu dia kata saya lain namun saya tak merasakan perkara itu. "Apabila sedar watak ini berat, saya kurang mendekati mereka... malah selepas selesai penggambaran saya ambil masa sebelum masuk ke rumah," katanya. Selain Nabila filem arahan Shamyl Othman ini turut menampilkan pelakon lain seperti Fikry Ibrahim, Marsha Milan, Eman Manan, Qistina Raisah dan Syed Ali Murtadha. Filem 'reboot' karya Othman Hafsham pada tahun 1987 ini akan mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 10 Ogos. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!