TINDAKAN portal hiburan mengaitkan nama pelakon Qistina Raisah dan Bell Ngasri menerusi hantaran di media sosial baru-baru ini telah menimbulkan salah faham antara mereka. Tampil mengulas mengenai isu berkenaan, ibu Qistina iaitu Roszana Aminuddin memberitahu dia sudah menghubungi Bell bagi menjelaskan mengenai perkara itu. Roszana berkata, dia bertindak demikian kerana tidak mahu timbul fitnah mengaitkan anaknya dengan pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke 35 (ABP35) itu. "Selepas nama Qistina dikaitkan dengan Bell saya terus hubungi dia dan jelaskan yang kenyataan itu tidak menuju ke arahnya. Ibu Qistina mahu ambil tindakan undang-undang. "Dia terima baik perkara itu dan saya pun tak nak kekecohan ini berpanjangan. Bell juga ada tinggalkan komen yang sekadar melawak sahaja tapi orang salah faham. "Dia pun ada minta orang ramai berhenti daripada mengecam Qistina," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat. Sebelum ini, sebuah portal hiburan memuat naik paparan skrin artikel menyebut kononnya Qistina menyindir Bell kerana memenangi anugerah. Sedangkan artikel berkenaan sama sekali bukan seperti apa dijawab Qistina semasa ditemu bual media di majlis sidang media filem Rahsia yang berlangsung pada 12 Julai lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Qistina Raisah teringin genggam trofi, minta artis dah berjaya jangan pandang hina pelakon tiada anugerah ARTIKEL BERKAITAN: Qistina Raisah belajar secara 'home school', sudah biasa bergaul orang dewasa “Tak boleh terima jangan tengok” Manakala ABPBH35 pula berlangsung pada 21 Julai 2023. Dalam pada itu, Roszana berkata dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah berkenaan. Pihaknya juga telah mendapatkan nasihat daripada peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat. Kami dah dapat nasihat daripada peguam dan mereka nasihatkan kami untuk buat laporan polis terlebih dahulu. ROSZANA AMINUDDIN IBU QISTINA RAISAH Malah, dia juga turut menuntut permohonan maaf daripada mereka yang telah menulis komen negatif terhadap anaknya selain artikel yang dimuat naik portal berkenaan diturunkan dengan serta merta. "Saya tidak teragak-agak nak ambil tindakan undang-undang memandangkan emosi Qistina juga terganggu. "Kami dah dapat nasihat daripada peguam dan mereka nasihatkan kami untuk buat laporan polis terlebih dahulu," ujarnya. Sementara itu, Roszana berkata dia bimbang jika isu sedemikian boleh menyebabkan ada pihak takut bekerjasama dengan Qistina. Ibu bimbang keadaan Qistina. Dalam masa sama, komen kecaman yang ditulis netizen juga memberikan kesan terhadap emosi dan mental anak perempuannya itu. Malah dia juga menasihati netizen agar tidak terus cepat mempercayai setiap berita yang dibaca tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu. Pada Rabu lalu, nama Qistina menjadi bualan hangat apabila meluahkan keinginan untuk menggenggam trofi sesebuah anugerah memandangkan telah mula berlakon sejak berusia empat tahun. Qistina bagaimanapun berharap rakan artis yang sudah menerima anugerah tidak memandang rendah kepada mereka yang belum berjaya mencapai kejayaan itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!