suria

Terlalu sibuk kerja punca Maryam keguguran, belum ada rezeki timang anak kedua

Ryzal dan Maryam masih belum mampu melupakan kenangan indah anak kedua.

AKIBAT terlalu sibuk bekerja, personaliti media sosial iaitu Maryam You Narae mendedahkan dia mengalami keguguran pada Mei lalu.

Meskipun kandungan itu masih baharu, Maryam, 31, berkata dia tidak boleh melupakan kenangan manis sepanjang tempoh singkat kehamilan itu.

"Saya alami keguguran bulan Mei lalu, usia kandungan ketika itu baru sahaja cecah tiga minggu... semasa itu saya suka makan dan makan tidak berhenti.

"Saya tahu saya gugur pun selepas keluar darah banyak dan lakukan pemeriksaan lanjut.

Maryam 2

Maryam anggap kehamilan kedua sebagai kenangan indah.

"Saya rasa sedih kerana kehilangan... saya pun dah beritahu keluarga tentang kehamilan dan mereka semua teruja masa itu," katanya kepada mStar.

Sementara itu, suaminya iaitu Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim mengaku teruja apabila mendapat perkhabaran Maryam hamil.

Lebih-lebih lagi sudah lama dia menantikan rezeki untuk menimang cahaya mata kedua.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ibu tertarik belajar mengenai Islam selepas lihat Maryam pakai tudung... “Sekarang ini pakaian dia lebih tertutup daripada saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Terbuka hati pakai tudung, Maryam kongsi kisah mula berhijab... Geram dipaksa tanggal, minta tipu netizen

Malah, dia juga sudah membuat beberapa persiapan bagi menyambut kelahiran anak keduanya itu.

"Saya memang idamkan anak kedua dan saya jangka itu anak lelaki, jadi saya dah buat persiapan.

"Macam pakaian, tab mandi dan sebagainya... sebab masa Rina tak ada peralatan itu semua. jadi kita beli untuk anak kedua ini," ujarnya.

Saya percaya mungkin bukan rezeki kami lagi.

RYZAL IBRAHIM

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Meskipun rezeki anak kedua itu tidak memihak mereka, Ryzal berkata dia berlapang dada menerima ketentuan takdir itu.

"Apabila tahu ada pendarahan, saya yakinkan diri ini bukan keguguran cuma pendarahan biasa.

"Mulanya saya anggap mainan perasaan tapi bila buat pemeriksaan doktor cakap dah gugur. Air mata saya berguguran ketika itu.

"Saya percaya mungkin bukan rezeki kami lagi... mungkin sebab persediaan tidak cukup dari segi kewangan atau fizikal," luahnya.

Maryam

Ryzal dan Maryam akan lebih berhati-hati selepas ini.

Selepas beberapa bulan berlalu, Ryzal berkata dia dan isteri masih belum mampu melupakan kenangan indah itu.

Malah, sehingga kini dia menyerahkan soal rezeki anak kepada Allah SWT.

Untuk rekod, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 15 Ogos 2019 lalu selepas mengenal hati budi di Korea Selatan.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Rina pada 2012 lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain