suria

Tak dapat kelulusan Puspal, Han Byul tiada dalam konsert Apresiasi Irama Keroncong 

Han Byul sepatutnya menyampaikan dua buah lagi menerusi konsert tersebut.

PENYANYI asal Korea Selatan iaitu Han Byul tidak akan membuat kemunculan menerusi Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 5 dan 6 Ogos 2023 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Pengarah urusan Irama Studios, Nazrul Asraf Mahzan menjelaskan punca Han Byul tidak dapat beraksi pada konsert itu disebabkan permohonan kepada Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) tidak mendapat kelulusan.

"Han Byul merupakan salah satu tarikan untuk konsert ini dan kami pasti para peminat beliau menantikan penyanyi luar untuk menyanyi serta menghargai muzik dan irama tanah air kita. Malah Han Byul dilihat memberikan komitmen terhadap konsert ini.

"Adalah menjadi satu cabaran dan kesulitan buat pihak penganjur apabila PUSPAL tidak melepaskan kelulusan untuk Han Byul sedangkan dia mempunyai peminat yang tersendiri di Malaysia di samping rekod yang bersih.

2118384

Pihak Puspal tidak memberi kebenaran kepada Hun Byul mengadakan persembahan.

"Tambahan pula, Han Byul merupakan juara program Big Stage yang turut dianjurkan di Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar pada Sabtu.

Han Byul sepatutnya menyanyikan dua buah lagu iaitu Winter Sonata dan Cinta Abadi dalam versi keroncong menerusi konsert tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Han Byul bakal nyanyi ‘Winter Sonata’ versi keroncong, belajar lenggok menerusi YouTube

ARTIKEL BERKAITAN: Han Byul tolak jadi artis Kpop, tetap balik Malaysia biarpun ada peminat serata dunia

Sedih dan ralat dengan ujian yang dihadapi saat akhir ini, Nazrul Asraf berharap para peminat Han Byul dapat memahami situasi yang dihadapi penganjur setelah segala inisiatif dan upaya telah dilakukan.

Pihak penganjur juga berharap para peminat terus memberikan sokongan terhadap konsert yang mengangkat muzik keroncong sehingga dijadikan satu konsert khas atas nama irama itu sendiri.

“Sayang sekali peluang memperkenalkan irama warisan keroncong Malaysia ke peringkat antarabangsa dan dinyanyikan oleh penyanyi berbangsa Korea yang merupakan pemenang program Big Stage terbeku begitu sahaja dan sebarang rayuan ditolak Puspal," katanya.

1538601

Hun Byul pernah menyertai Big Stage.

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia turut menampilkan barisan penyanyi hebat seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie dan Datin Alyah.

Selain Han Byul, beberapa pelapis baharu turut memeriahkan konsert tersebut seperti Rasyidah Abd Rahim (Bintang Klasik 2021), Rizal Ahmad (Juara Bintang Nostalgia 2013), Jamilah Abu Bakar (Puteri Keroncong).

Persembahan akan diiringi oleh pemuzik Orkestra Keroncong Irama Perindu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain