VOKALIS Floor88 iaitu Ayie mencabar individu yang berani membuat gangguan seksual terhadap isterinya iaitu Tasha Awie untuk tampil bersemuka dengannya. Ayie atau Nik Fadlee Elhamshah, 26, berkata, dia ingin bertanya sendiri tentang tujuan individu terbabit berani membuat gangguan itu apatah lagi terhadap wanita bergelar isteri orang. "Kita sudah biasa mendengar kes ini berlaku termasuk dalam kalangan selebriti tapi apabila ia terjadi kepada isteri sendiri memang buat saya terkejut kerana tindakan itu sangat berani. Perbualan seorang lelaki bersama Tasha di media sosial. "Memang perkara ini bukan satu yang boleh diterima tapi saya percaya individu itu ada masalah seperti mental atau kewangan. "Jadi saya terbuka bertemu dengan orang itu dan nak tahu apa masalah sebenar dia," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Terdahulu Ayie berkongsi paparan perbualan Tasha atau Nur Natasha Ahmad Nawawi, 24, dengan seorang lelaki yang menawarkan wang berjumlah RM2,000 mengajak membuat panggilan video bersama. ARTIKEL BERKAITAN: Orang tak nampak kedai, nasi cepat basi... Ayie Floor88 kesal ada individu tergamak hantar sihir, terpaksa mengalah tutup restoran ARTIKEL BERKAITAN: Lebih sejam cuba bersalin normal, Ayie (Floor88) menangis lihat isteri bertarung nyawa lahir anak pertama Tasha pada awalnya menyangka individu berkenaan menghubunginya atas urusan membeli produk mereka. Dalam pada itu, Ayie berkata, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya individu itu bertindak di luar batasan. Kalau ada yang berani nak buat lebih baik hentikan sebarang tindakan jijik ini. Perkara ini melibatkan rumah tangga orang lain AYIE VOKALIS FLOOR88 "Saya cakap kepada isteri layankan dahulu nak tengok sejauh mana keberanian dia. "Jika dia berlebihan sehingga hantar gambar kemaluan atau gambar muka, saya juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis," ujarnya. Dalam masa sama, Ayie menasihati orang ramai supaya tidak mudah melakukan perbuatan sebegini kerana ia juga boleh memberi kesan kepada rumah tangga mana-mana pasangan sudah berkahwin. Ayie bersama Tasha dan anak mereka. "Kalau ada yang berani nak buat lebih baik hentikan sebarang tindakan jijik ini. Perkara ini melibatkan rumah tangga orang lain. "Jangan ambil mudah perkara ini dan jika ada masalah kenalah cari jalan penyelesaian," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!