suria

‘Taring’ Ismahalil sebagai pengacara masih berbisa, jadi tumpuan di Konsert Double Trouble 2

Isma memenuhi undangan rakan-rakan untuk tampil di konsert Double Trouble 2.

SEJAK dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah dilihat lebih senang mememcilkan diri daripada umum.

Bagaimanapun kemunculannya di pentas Konsert Double Trouble 2 di Stadium Melawati, Shah Alam pada malam Sabtu mencuri tumpuan penonton yang hadir ke persembahan berkenaan.

Ia juga merupakan penampilan pertama Isma, 50, selepas perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu berakhir.

ismahhalil 2

Isma bergambar dengan Mus May dan Datuk Hattan.

Bijak menghiburkan penonton yang hadir, Isma cukup bersemangat apabila dijemput sebagai pengacara pada konsert yang menampilkan kumpulan Search dan Barbarik itu.

Difahamkan Isma setuju untuk tampil pada acara berkenaan atas permintaan rakan-rakan artis yang mahu dia membuat kemunculan semula sebagai pengacara selepas dua tahun kes tersebut berjalan.

Meskipun dikatakan belum bersedia untuk berdepan dengan orang ramai, namun Isma tetap memenuhi jemputan tersebut demi rakan-rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Ismahalil tumpah dapat peluk ibu, surau kini jadi rumah kedua

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ismahalil mahu jumpa ibu sedang sakit, hasrat mahu nikahkan anak sulung bakal terlaksana

Malah dia sempat berjumpa beberapa rakan artis seperti Datuk Hattan dan Mus May di belakang pentas.

Menganggap undangan itu sebagai satu peluang terbaik, Isma turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan rakan-rakan tatkala dia berdepan ujian.

Dalam masa sama, tawaran itu juga adalah satu bentuk rezeki dan pemangkin semangat buatnya untuk kembali bangkit selepas ini.

ismahalil 3

Isma bergambar bersama isteri dan anak perempuannya selepas mahkamah membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah.

Untuk rekod, Isma sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bagaimanapun melepaskan dan membebaskan pengasas Bapakku FM itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain