suria

Puteri Sarah jalani pembedahan lasik, gelagat Syamsul hadir hari sukan anak-anak jadi perhatian

Netizen tersentuh lihat kerjasama Syamsul dan Sarah.

PERKONGSIAN video dimuat naik pengarah Syamsul Yusof yang menghadiri hari sukan sekolah dua anaknya iaitu Syaikul dan Sumayyah meraih perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat Syamsul memberi sokongan penuh kepada Sumayyah yang sedang mengambil bahagian dalam acara sukan dari sisi padang.

Malah Sumayyah juga sempat melambai bapanya meskipun sibuk memberi tumpuan dengan acara sukannya.

Lebih bertambah sebak apabila Syamsul turut mengangkat serta mengendong Sumayyah dan Syaikul selepas kedua anak-anaknya berjaya meriah pingat.

Syamsul 2

Syamsul dukung Sumayyah dan Syaikul.

"Syaikul dan Sumayyah hari sukan," tulisnya di ruangan kapsyen.

Video perkongsian pengarah tersebut bagaimanapun dikongsi semula oleh seorang pengguna TikTok sekali gus menjadi bualan ramai.

Justeru itu, rata-rata sebak melihat gelagat anak-anak berkenaan bersama bapa mereka.

Malah mereka juga mengakui Puteri Sarah Liyana telah mendapat kemenangan besar apabila anak-anaknya mendapat kasih sayang yang seimbang dari ibu bapanya walaupun telah bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof tarik balik saman terhadap Jawi, MAIWP

ARTIKEL BERKAITAN: “Lambat lagi!” - Kek dan jambangan bunga bukan untuk Syamsul, Puteri Sarah hantar buat bekas mentua

"Besar pengorbanan Puteri Sarah, tarik saman demi kebahagian anak-anak. Anak-anak perlukan kasih sayang mak ayah bukan duit semata.

"Sebak bercampur gembira tengok anak-anak ini dapat luangkan masa dengan ayah dia. Sumayyah cantik macam ibu dia.

"Co-parenting yang baik... dah berpisah tapi tak bergaduh nak luangkan masa dengan anak-anak," antara komen netizen.

Komen

Antara komen netizen ditinggal di aplikasi TikTok.

Difahamkan, Sarah tidak dapat menghadiri acara berkenaan kerana baru sahaja jalani rawatan lasik.

Pada 14 Jun lalu, Syamsul melafazakan talak di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan Puteri Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan penceraian mereka.

Sarah

Syamsul dan Sarah bercerai Jun lalu.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga pasangan itu berlarutan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu selepas akters berkenaan memfailkan permohonan bercerai secara baik pada pertengahan Januari 2023.

Tindakan itu dibuat selepas Syamsul mendedahkan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan aktres Ira Kazar di Thailand berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi pada 6 Januari 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain