suria

Shila Amzah tak mahu PJJ, Ubai tak halang isteri kembali ke China

Ubai tidak pernah menghalang jika Shila ingin kembali ke China. - Foto IZZRAFIQ ALIAS/The Star

PEMPENGARUH media sosial Ubai tidak akan menghalang isterinya Shila Amzah jika penyanyi itu mahu meneruskan semula karier seninya di China.

Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, sebelum berkahwin lagi dia sedar tentang keinginan Shila untuk kembali ke China dan sebagai suami dia terbuka dengan perkara tersebut.

"Saya tidak pernah mempersoalkan atau menghalang Shila untuk terus meluaskan karier seninya kerana saya tahu itu adalah kerjayanya.

"Apa yang buat dia gembira, teruskan. Dia pun tak pernah halang kerjaya saya," katanya kepada mStar.

ubai2 - 1

Shila dan Ubai selamat diijab kabul.

Ubai berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas pasangan itu disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di The Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Sebelum ini, Shila ada memaklumkan sedang dalam pertimbangan dengan tawaran diterima untuk meneruskan semula karier seninya di China yang tergendala susulan penularan Covid-19 sejak tiga tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Shila Amzah sah bergelar isteri Ubai dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cerita arwah ibu mentua tentang Ubai memori buat Shila Amzah, kisah foto profil FB paling mencuit hati

Dalam pada itu, Shila, 33, berkata, sebagai isteri dia keberatan untuk menjalinkan perhubungan jarak jauh (PJJ) namun terbuka meneruskan kehidupan dengan cara itu buat masa ini.

Kata Shila, adalah tidak adil buat Ubai meninggalkan kariernya sebagai pencipta kandungan digital dan penerbit di sebuah portal demi merialisasikan impiannya untuk kembali ke China.

Saya tahu dia seorang penyanyi dan saya percaya rezekinya ada di mana-mana.

UBAI

SUAMI SHILA AMZAH

"Saya sebenarnya tak mahu PJJ tapi kalau perlu... Penerbangan ke China enam jam sahaja, sampai Beijing!

"Sebagai isteri saya mahu Ubai mengembangkan kariernya di sini sebab usianya masih muda... Saya ini kira macam sudah 10 tahun ke depan berbanding dia.

"Jadi saya mahu dia mencari apa yang terbaik untuk dirinya, mengembangkan karier sebagai penerbit dan saya mahu dia berjaya," ujarnya.

ubai3 - 1

Ubai memangku Seth (anak Shila) sewaktu merakam foto bersama.

Sementara itu, bercakap soal zuriat, Shila dan Ubai tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini.

"Kami tiada perancangan khusus berkaitan anak sebab bagi saya, kalau ada Alhamdulillah.

"Kami 'sekufu' bab ini... Untuk urusan anak, seandainya ada rezeki kami tidak menolak," katanya. .

ubai1 - 1

Shila dan Ubai saling memberi sokongan terhadap kerjaya masing-masing.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Amir Amzah Salleh atau ND lala dengan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Darul Ehsan Taman Tun Razak Ampang, Mohamad Khairi Hussein.

Untuk rekod, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain