SENTIASA percaya kepada rezeki, penyanyi Muna Shahirah yakin keputusan mendirikan rumah tangga bukanlah penghalang untuk dia terus membina nama dalam industri seni. Meskipun nama belum mencapai tahap kemuncak, Muna atau Muna Shahirah Munadi, 29, berkata dia sama sekali tidak akan berputus asa mengejar cita-cita biarpun dirinya kini memegang status isteri orang. "Saya sentiasa yakin bahawa rezeki dan jodoh telah ditetapkan Tuhan dengan sebaiknya. Saya tidak bersetuju jika ada yang kata kita akan dilupakan apabila berkahwin, lebih-lebih lagi nama belum sampai memuncak. Muna dan suami mendirikan rumah tangga pada Mei lalu. "Saya tidak pernah rasa menyesal berkahwin dan perkahwinan saya bukanlah atas dasar rasa kecewa dengan industri," katanya. Untuk rekod, Muna melangsungkan perkahwinan dengan Sean Tee Yeu Abdullah, 24, di Mersing, Johor pada 20 Mei lalu. Selain lagu nyanyian, Muna berkata kandungan yang dihasilkan di media sosial juga menjadi satu tanda seseorang itu diingati peminat. ARTIKEL BERKAITAN: Muna Shahirah selamat bergelar isteri gamers Sean Tee ARTIKEL BERKAITAN: Muna Shahirah sedang mengenali hati budi seorang, katanya berkenalan masa main PUBG... Harap ibu tak marah Dia juga mengambil inspirasi kejayaan pelakon Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular baru-baru ini untuk tidak cepat mengalah. "Zaman sekarang ini semuanya berkaitan media sosial. Peminat juga lebih suka melihat kisah gaya hidup selain perkembangan kerjaya seseorang artis. "Melihat kejayaan Bell, rasanya tidak salah tanggapan saya agar tidak berputus asa dan terus bekerja dengan ikhlas," ujarnya. Saya tidak pernah rasa menyesal berkahwin dan perkahwinan saya bukanlah atas dasar rasa kecewa dengan industri MUNA SHAHIRA PENYANYI Dalam perkembangan lain, Muna tampil dengan sebuah lagu genre balada berjudul Sumpah Cinta yang merupakan ciptaan komposer Sharon Paul serta lirik ditulis oleh Que Afiq. Sekali lagi diberikan lagu bergenre sedemikian, Muna yakin ia adalah pilihan tepat syarikat pengurusan dalam mengatur setiap langkah dalam industri. Dalam masa sama, dia menyangkal kata-kata sesetengah pihak yang melihat lagu-lagunya sebelum ini gagal mendapat sambutan. Muna sekali lagi tampil dengan lagu balada berjudul Sumpah Cinta. "Kalau lagu-lagu saya gagal, tidak mungkin syarikat pengurusan sanggup keluarkan modal untuk lagu baru. Malah lagu-lagu sebelum ini pun masih dimainkan di radio. "Saya suka dengan lagu-lagu balada. Mungkin lagu begini sesuai dengan suara, jadi tidak keberatan atau membantah apabila diperdengarkan demo," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!