BAGI menghargai peminat setia rancangan realiti Gegar Vaganza (GV), Astro bakal menganjurkan program jelajah istimewa buat penonton mereka. Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata pihaknya berbesar hati mengadakan GV Roadshow 2023 menjelajah empat negeri iaitu Kuantan Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan salah sebuah negeri di utara. Program GV Roadshow 2023 ini dianjurkan bertujuan untuk merapatkan silaturahim antara penonton dan penyanyi. Norzeha umumkan Roadshow dan Jamming with the Star. "GV Roadshow 2023 akan ke lokasi berkenaan bermula 10 Ogos untuk membolehkan peminat menyaksikan penyanyi kegemaran beraksi secara langsung serta berpeluang bertemu dengan mereka. "Kami turut teruja dengan sokongan para penaja kami Farm Fresh, Adabi dan Cuckoo yang sentiasa memberikan kepercayaan kepada Astro," ujarnya. Antara bintang Gegar Vaganza yang bakal menyerikan pentas GV Roadshow 2023 ialah Wann, Elyana, Dina Nadzir, Aweera, Tom, Fuad Rahman dan Sham Visa. Acara ini bakal diadakan sebelum GV musim kesepuluh (GV10) tidak lama lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tomok antara 13 finalis Gegar Vaganza musim ke-9 ARTIKEL BERKAITAN: Gegar Vaganza musim ke-9 tambah seminggu lagi, final 27 November 2022 Bukan itu sahaja, Astro juga bakal mengadakan aktiviti Jamming with the Stars dan showcase istimewa membariskan bintang GV dari musim pertama hingga kesembilan. Jamming with the Star akan menemui para peminat setiap Khamis bermula 17 Ogos sehingga 17 September pada pukul 9 malam berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. "Sesi ini juga boleh distrim secara langsung di platform digital Gempak. Nama-nama yang bakal membuat persembahan termasuk Jaclyn Victor, Aliff Aziz, Naqiu, Noryn Aziz, Dina Nadzir dan ramai lagi," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!