BENGANG fotonya digunakan tanpa kebenaran, pelakon dan usahawan Datuk Rosyam Nor menegaskan dirinya tidak pernah terlibat dengan mana-mana skim pelaburan di Malaysia. Kata Rosyam, 56, tindakan pihak berkenaan menggunakan fotonya bagi tujuan menarik orang ramai menyertai aktiviti pelaburan itu adalah salah dan tidak bertanggungjawab. "Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... saya hanya nak beritahu ada banyak sangat iklan fasal saham yang menggunakan gambar saya dan ramai orang yang terpengaruh. Rosyam tidak mahu orang ramai terus diperdaya. "Saya nak beritahu, saya tiada kena mengena dengan apa-apa perkara berkaitan saham. Jadi, itulah adalah satu penipuan," katanya. Rosyam berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Rosyam Nor tanam rambut, selalu fikir umur masih 25 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Penganjuran konsert palsu guna gambar artis popular, Awie dedah wanita 'scammer' sudah kena tahan polis Menerusi perkongsian video berkenaan juga, Rosyam berkongsi beberapa paparan skrin iklan di Facebook yang memaparkan fotonya diguna bagi tujuan mempromosikan pelaburan saham. Justeru itu, pelakon filem KL Gangster ini menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penipuan yang dilakukan. "Scam ni tolong jangan percaya. "Jangan cepat percaya apabila mereka menggunakan gambar saya. Saya harap semua orang berhati-hati dengan situasi sekarang ini. Terima kasih," ujarnya. Sebelum ini, beberapa artis turut mengalami nasib yang sama antaranya Datuk Awie yang mendedahkan foto dia bersama rakan artis lain seperti Ahmad Dhani, Ziana Zain, Erra Fazira dan Ella digunakan bagi memperdayakan orang ramai. Foto artis-artis berkenaan digunakan untuk menipu orang ramai kononnya mereka bakal menganjurkan sebuah konsert di Sabah pada Februari 2023. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!