PELAKON dan penyampai radio Azad Jasmin tetap dengan pendirian tidak membenarkan anak-anaknya yang masih dibawah umur untuk keluar bekerja. Mengakui anak-anak menerima banyak tawaran lakonan, Azad atau nama sebenarnya Azad Jasmin John Louis Jeffri, 47, berkata dia masih belum bersedia mengizinkan mereka untuk menceburi bidang ini. "Kalau nak cakap fasal tegas, ya bila berkaitan dengan anak-anak dan pendidikan, saya memang tegas... sebab itu baru-baru ini anak saya dapat keputusan 9A dalam peperiksaan. Azad bersikap tegas dalam mendidik anak-anaknya. "Mereka (anak-anak) juga tidak dibenarkan berlakon (bekerja) lagi. Sampai sekarang memang tak berlakon dalam mana-mana drama atau iklan komersial. "Anak-anak saya dapat banyak sangat tawaran, terutamanya anak kedua saya banyak menerima tawaran untuk iklan komersial tapi saya belum beri keizinan untuk berlakon," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Comelnya anak Pak Azad! Baru 6 tahun dah dapat banyak offer berlakon... "Ini anak mami penang, muka saya" ARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya nyanyian di Indonesia terjejas, Eira Syazira kecewa tak dapat balik Jakarta promosi lagu baharu Tambah Azad, dia sebolehnya mahu anak-anak menikmati kehidupan seorang kanak-kanak dan membesar dalam persekitaran normal. Bagaimanapun dia mungkin memberikan kelonggaran selepas anak-anak menginjak usia 18 tahun. Anak-anak saya dapat banyak sangat tawaran... tapi saya belum beri keizinan untuk mereka berlakon. AZAD JAZMIN PELAKON/PENYAMPAI RADIO "Saya mahu mereka berseronok dengan kehidupan kanak-kanak dulu... tidak perlu bekerja. "Saya percaya bila sudah tiba masanya nanti, kami sebagai ibu bapa akan dapat melihat kebolehan dan minat anak masing-masing. "Saya meletakkan had umur anak-anak sehingga 18 tahun untuk beri kebebasan kepada mereka... kalau nak berlakon pun, lepas umur 18 tahun baru saya beri keizinan," ujarnya. Sementara itu, Azad berkata dia tidak kisah sekiranya anak-anak tidak mempunyai pendapatkan sendiri kerana dia dan isteri masih mampu mencari rezeki untuk menyara keluarga. "Setakat ini Alhamdulillah mak ayah (Azad dan isteri) masih boleh mencari wang untuk anak-anak. Azad dan Eira bersyukur masih mampu mencari rezeki untuk anak-anak. "Saya bersyukur kontrak saya sebagai penyampai radio telah disambung sehingga 2026. Bila kami merancang seperti ini, Allah SWT pun jaga rezeki kami sekeluarga," katanya. Untuk rekod, Azad mendirikan rumah tangga dengan pelakon Eira Syazira atau Syazira Shuhaimi, 39, pada 16 September 2011. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 9, Ameisya Leann Rose, 6, dan Areisya Suri Rose, 5. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!