suria

Ada pihak buat jahat terhadap anak angkat, Elyana tak akan maafkan - “Anda tahu siapa anda”

Elyana tidak maafkan individu yang menyakiti anak perempuannya.

PENYANYI Elyana meluahkan rasa terkilan apabila anak keduanya iaitu Cahaya Ramadhani yang baru berusia empat tahun terpaksa berdepan dengan perbuatan tidak baik segelintir pihak.

Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 36, berkata, dia mengenali individu yang melakukan perbuatan itu dan tidak akan sesekali memaafkannya.

Tidak menyebut secara spesifik kejadian menimpa Cahaya atau Caca, Elyana berharap individu tersebut akan berubah suatu hari nanti.

Elyana 1

Elyana ikhlas sayang anak angkatnya.

"Jadi kepada pihak-pihak yang selama ini jahat kepada anak ini... susah sekali saya maafkan anda. Terlalu hancur hati saya dengan perbuatan anda.

"Saya berdoa semoga suatu hari nanti anda menjadi manusia yang lebih memanusiakan manusia lain.

"Anda tahu anda siapa," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: ”Baik atau buruk saya tanggung sendiri” - Elyana tampil tidak bertudung, enggan ulas demi jaga jiwa sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas tudung atau gambar lama? Elyana tutup komen Instagram

Elyana berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu turut memuat naik koleksi video bersama Cahaya sejak kanak-kanak itu bayi.

Dalam pada itu, Elyana berkata, meskipun Cahaya adalah anak angkat namun kasih sayang terhadap kanak-kanak itu tidak pernah berbelah bahagi dan sepenuh hati.

Elyana

Elyana jaga anak angkatnya sejak berusia 6 hari.

Malah sejak Cahaya berada dalam pangkuannya, dia sedaya upaya menyayangi dan menjaganya meskipun berdepan dengan masalah kesihatan.

"Anak perempuan ku Cahaya Ramadhani. Ramai yang tanya Caca anak siapa?

"Cahaya Ramadhani adalah anak kesayangan saya. Walaupun bukan dari rahim saya.

Snapinsta.app_347682384_198262133103921_1431983523241977260_n_1080

Elyana bersama suami dan dua anaknya.

"Saya sedaya upaya menyayangi serta menjaga dia dengan kemampuan saya dari usia caca 6 hari," katanya.

Untuk rekod Elyana mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayah, 13 tahun.

Selain Cahaya, Elyana dan Khairul turut mengambil seorang lagi anak angkat istimewa yang diberi nama Tulus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain