suria

[V] Kamal Adli masih trauma, sudah tidak aktif di media sosial

SEMENJAK insiden diserang lelaki tidak dikenali di Singapura, pelakon Kamal Adli masih berada dalam keadaan trauma termasuk berkongsi kehidupan peribadinya di laman sosial.

Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 37, berkata, selain berasa trauma, dia juga bimbang sekiranya perkongsian itu membuatkan ada pihak berasa tidak puas hati terhadapnya dan insiden sama berulang.

"Selepas kejadian itu saya tiba-tiba jadi takut berdepan media sosial... Nak dapatkan balik 'mood' untuk berkongsi sesuatu mengambil masa sebab insiden itu beri kesan besar pada saya.

"Sampaikan kadang-kadang saya bertanya apa salah saya, saya tak kacau orang. Jadi saya belajar untuk lebih berhati-hati dan kurangkan perkongsian di media sosial," katanya kepada mStar.

K

Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat diserang lelaki tidak dikenali.

Kamal berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit yang diadakan pada Khamis.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Uqasha Senrose ini bagaimanapun meluahkan rasa syukur terselamat daripada kejadian itu dan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kamal Adli trauma jumpa orang ramai, lebih suka kurung diri dalam rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki serang Kamal Adli masih belum boleh ikat jamin, perbicaraan ditangguh 30 Mei

Kata Kamal, insiden itu juga membuatkan dia mahu menjadi insan lebih sempurna berbanding sebelumnya.

"Saya bersyukur sangat sebab masih ada peluang bersama keluarga, isteri dan meneruskan pekerjaan seperti biasa.

"Sebelum ini, saya bukanlah jahat sangat orangnya tapi saya akan jadi lebih baik selepas insiden itu," luahnya.

Saya tertanya-tanya juga kenapa dia serang dan ketuk kepala saya.

KAMAL ADLI

PELAKON

Berkongsi perkembangan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah Singapura, Kamal berkata, dia hanya mengikuti perkembangan berdasarkan laporan berita di negara tersebut.

"Sekarang saya cuma tunggu dan baca artikel-artikel dari Singapura mengenai kes ini. Buat masa ini, memang tiada pihak polis menghubungi memaklumkan perkembangan kes.

"Cuma saya tertanya-tanya juga kenapa dia serang dan ketuk kepala saya," katanya.

Snapinsta.app_362076268_806725877577405_4734193294093783475_n_1080

Kamal sudah tidak aktif menggunakan laman sosial.

Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang individu tidak dikenali menggunakan cota ketika menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang diadakan di Singapura Expo, Singapura.

Dalam kejadian itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun.

Pada 14 Mac, suspek didakwa di mahkamah Singapura atas pertuduhan terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan dan mana-mana gabungan hukuman itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain