PENYANYI Noh Salleh bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya iaitu Fatin Athira Mustapa pada 23 September 2023. Tarikh berkenaan berdasarkan kad undangan majlis pasangan tersebut secara digital yang mula tersebar sejak Khamis. Pasangan itu juga dilaporkan mengadakan majlis di sebuah lokasi di Puchong, Selangor. Malah pernikahan dan resepsi mereka juga bakal berlangsung pada hari sama. Noh kunci mulut mengenai hubungannya dengan Fatin. Noh atau Mohammad Noh Salleh, 38, melangsungkan pertunangan dengan Fatin yang juga seorang peguam pada 7 Mei lalu. Kisah pasangan itu mula menjadi perhatian selepas gambar pertunangan mereka yang lengkap berpakaian hitam tular. Noh bagaimanapun tidak pernah memberi kenyataan atau sebarang bayangan akan kembali bernikah selepas bercerai dengan Mizz Nina. ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh terpaksa berebut anak dengan Mizz Nina, rakan pula dedah bakal tamat zaman duda ARTIKEL BERKAITAN: Mizz Nina umum sudah berkahwin, kini isteri Essam Muhammad Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina berkahwin pada 2 Julai 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata namun memiliki seorang anak angkat diberi nama Musa. Mereka mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu. Mizz Nina pula pada 15 Jun lalu mendedahkan sudah kembali berumah tangga dengan seorang penyanyi rap asal Amerika iaitu Essam Muhammad. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!