ANGGOTA kumpulan K-Clique iaitu Fareed selamat bergelar bapa apabila isterinya iaitu Siti Hawa Hamdan selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada 8 Ogos lalu di sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah. Fareed atau Fareed Saddi, 29, berkata, isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.86 kilogram secara pembedahan dan kedua-dua mereka dalam keadaan sihat. "Alhamdulillah, isteri dan bayi saya berada dalam keadaan sihat. Isteri saya sekarang sedang berehat dalam tempoh pemulihan untuk sembuh... maklumlah sebab bersalin secara pembedahan. "Bayi kami seberat 2.86 kilogram, syukur semuanya selamat dan dia juga dilahirkan dengan sempurna," katanya ketika dihubungi mStar. Fareed teruja menjalankan tugas sebagai bapa. Dalam pada itu, Fareed memberitahu Siti Hawa yang juga kakak kepada sahabatnya iaitu MK mahu melahirkan cahaya mata mereka di Sabah kerana ingin berada dekat dengan keluarga sepanjang tempoh berpantang. Kata Fareed, keluarga isterinya dari Tawau juga sudah datang melawat bayi mereka dan Siti Hawa akan berpantang di rumah keluarganya di Kota Kinabalu. "Kami sebenarnya sudah lebih kurang sebulan di Sabah kerana memang niat isteri untuk bersalin di sini. "Disebabkan isteri saya hamil, jadi kami mengikut prosedur penerbangan di mana wanita hamil hanya boleh menaiki pesawat kira-kira tiga minggu sebelum melahirkan. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Fareed K-Clique selamat bergelar suami, MK jadi jurunikah! ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Dalam keluarga pertelingkahan perkara biasa" - Sudah lama tak berhubung, Fareed K-Clique dedah cerita sebenar Tuju 'hilang' "Alhamdulillah, niat isteri bersalin di KK sudah tercapai dan insya-Allah sepanjang tempoh berpantang akan dijaga oleh keluarga saya," ujarnya. Berkongsi perasaan teruja, Fareed mengakui hidupnya kini berubah selepas bergelar bapa. Tambahnya lagi, dia berasa teruja kerana dapat membantu isteri dalam menguruskan urusan cahaya mata mereka. "Saya begitu gembira kerana ini merupakan satu perjalanan baru buat kami suami isteri... saya juga sangat teruja selepas menjadi bapa. Bayi kami seberat 2.86 kilogram, syukur semuanya selamat dan dia juga dilahirkan dengan sempurna. FAREED K-CLIQUE PENYANYI "Saya dapat menukar lampin bayi, disamping membantu isteri menguruskan anak kami. "Saya gembira dapat merasai pengalaman ini... rupanya best juga jadi ayah walaupun semalam saya hanya dapat tidur dua jam sahaja," katanya. Sementara itu, Fareed memberitahu dia sudah memilih nama buat puteri sulungnya namun masih belum bersedia untuk berkongsi kepada umum. Isteri Fareed akan dijaga keluarganya sepanjang tempoh berpantang. Katanya, dia dan isteri akan memaklumkan perkara itu apabila tiba masa yang sesuai. "Buat masa sekarang memang sudah ada nama yang mahu diberikan kepada anak sulung kami. "Tetapi saya pun belum mendaftar nama anak, jadi biarlah bila tiba masa yang sesuai baru saya maklumkan kepada umum," katanya. Untuk rekod, Fareed dan Hawa mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober tahun lalu di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu, Sabah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!