PENYERTAAN dalam program Big Stage 2023 (BS023) sebelum ini telah memperkenalkan nama kumpulan Coex kepada lebih ramai peminat muzik tempatan. Meskipun tidak bergelar juara atau sampai ke peringkat akhir, Coex melihat pentas tersebut sebagai satu platform terbaik membuktikan kemampuan mereka untuk bersaingan dalam indutsri seni. Malah ia juga sebagai langkah permulaan buat mereka untuk terus mengukuhkan nama tampil dengan identiti tersendiri. "Peluang yang diberikan sewaktu menjadi peserta BBS2023 sangat bermakna kerana dapat menimba ilmu dan pengalaman yang sangat berharga. Coex tampil dengan identiti tersendiri. "Kami masih lagi dalam proses menyesuaikan diri selepas pertandingan. Namun peluang yang ada ini adalah masa terbaik untuk kami menyinar berbekalkan pengalaman yang ditimba," kata Mikaela mewakili anggota lain. Selain Mikaela, Coex turut dianggotai oleh Amy Loh, Elysha Khan, Dalini and Eyqa Shahidan. Sebagai langkah permulaan, Coex tampil dengan single pertama berjudul Gimme That Crown. ARTIKEL BERKAITAN: Muna Shahirah tak menyesal kahwin, yakin ada rezeki selepas bergelar isteri... Jadikan Bell Ngasri inspirasi ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Irfan Haris ditinggalkan kekasih rupanya gimik lagu baharu... Jawab status hubungan dengan Dalia Farhana Lirik lagu ini ditulis oleh mereka sendiri selain mendapat kerjasama Asyraf Nasir dan Mel Ramlan. Manakala muzik pula dicipta oleh Chris M. Yong, Melisa YC dan Karen Yee. Banyak lagi yang kami mahu tonjolkan sebagai sebuah kumpulan dalam bidang seni ini COEX PENYANYI Berkongsi pengalaman proses rakaman, lima gadis ini terpaksa menghabiskan masa selama sehari di studio bagi mencari kesesuaian serta kekuatan vokal setiap anggota. "Kami terpaksa berkampung di studio demi menjalani proses rakaman yang memakan masa selama sehari. Kami berada di sana sehingga lewat malam. "Memang penat, tetapi apa yang dilakukan berbaloi. Kami pelajari teknik vokal dan mencari kekuatan suara untuk membezakan setiap anggota," tambah Dalini. Pengalaman di BS2023 beri keyakinan buat Coex. Lagu ini juga memberi maksud tersendiri buat Coex kerana ia menggambarkan perjuangan sebagai seorang anak seni selain mahu menaikkan semangat seorang wanita. "Lagu ini memberi mesej kami bukan penyanyi baru yang boleh dipandang mudah. "Banyak lagi yang kami mahu tonjolkan sebagai sebuah kumpulan dalam bidang seni ini," jelas Elysha. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!