PERSONALITI media sosial Indonesia Mimi Peri mendedahkan dia sering mendapat pertanyaan netizen berhubung jantina sebenarnya meskipun jelas dia adalah seorang lelaki. Mimi atau Ahmad Jaelani, 35, berkata, tidak hanya itu, dia turut mendapat pertanyaan nakal sama ada memakai telekung atau berkain pelikat ketika mendirikan solat. Terpanggil menjawab pertanyaan tidak berasas itu, Mimi membuktikan dirinya masih seorang lelaki walaupun perwatakannya lembut. "Hello guys, Jumaat barakah... Kali ini saya mahu menjawab pertanyaan netizen yang sering bertanya sama ada Mimi Peri ini lelaki atau perempuan. Mimi sewaktu berkunjung ke Kuala Lumpur baru-baru ini. "Ada juga yang bertanya saya kalau mendirikan solat pakai telekung atau kain pelikat. "Saya adalah lelaki lembut dan jika beribadah saya masih memakai kain pelikat dan pakaian lelaki," katanya. Mimi berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Rupa paras dihina, Mimi Peri anggap netizen hanya bergurau... Impian bergambar depan KLCC akhirnya tercapai ARTIKEL BERKAITAN: Peluk Mimi Peri, Almy Nadia tak baca komen takut sakit hati... "Kadang kita buat sesuatu tanpa sedar" Menerusi perkongsian video itu, Mimi turut berkongsi perjalanan menunaikan solat Jumaat dan mengimbau memori sewaktu kecil bersama rakan-rakannya ke masjid. Kata Mimi, dia merindui saat bermain bersama rakan-rakan dan menunjukkan ruang sekeliling masjid tersebut. "Inilah masjid yang menjadi tempat permainan saya sewaktu kecil... Bermain bersama kawan-kawan, cari ilmu bersama mereka. "Rindu sangat memori itu, suasananya juga sudah jauh berbeza. Saya masih ingat lagi kenangan bersama kawan-kawan sewaktu kecil. Mimi mengakui dirinya seorang lelaki berperwatakan lembut. "Sekarang kamu (netizen) sudah tahu bukan, kalau saya lelaki atau perempuan," ujarnya. Dalam pada itu, Mimi turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon Datin Almy Nadia kerana menghadiahkannya sepersalinan pakaian untuk menunaikan solat. "Terima kasih Datin Almy kerana menghadiahkan baju buat saya mendirikan solat. "Alhamdulillah, jangan lupa solat Jumaat ya guys," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!