JODOH memang tidak pernah salah alamat. Itu boleh digambarkan hubungan antara pasangan Shila Amzah dan Ubai yang bermula sejak pempengaruh media sosial itu menegur penyanyi berkenaan di media sosial. Mengimbau kembali kenangan perkenalan mereka, Ubai memuat naik semula ciapan di laman Twitter di mana ketika itu Shila mula menjadi salah seorang pengikutnya di platform tersebut. Ubai sudah lama mengikuti perkembangan Shila di media sosial. Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, juga memberitahu dia mula meminati Shila sebagai seorang penyanyi sejak berusia 13 tahun. Malah seorang pengikut di Twitter juga berkongsi kembali ciapan Ubai pada tahun 2013 yang cuba 'masuk jarum' selepas Shila putus cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Membalas ciapan tersebut, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, turut mengungkapkan kata-kata romantis buat suaminya itu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cerita arwah ibu mentua tentang Ubai memori buat Shila Amzah, kisah foto profil FB paling mencuit hati ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah tak mahu PJJ, Ubai tak halang isteri kembali ke China Dalam satu perkongsian lain, membalas kepada ciapan Ubai tentang sambutan ulang tahunnya pada 2012, Shila secara berseloroh memberitahu mereka akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada Ahad. "Forever dan ever (menjadi pengikut media sosial). "Tidak mengapa, esok (Ahad) resepsi perkahwinan kita sayang," ujarnya. Shila turut membalas kembali perkongsian Ubai. Untuk rekod Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos lalu dengan sekali lafaz. Penyanyi Patah Seribu itu juga sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!