suria

Betul-betul mencabar vokal, Siti Nordiana bayangkan kisah hubungan toksik dalam ‘Arah Cinta’

Nana pertaruhkan Arah Cinta sebagai lagu baharu.

SELEPAS kejayaan lagu-lagu ciptaannya sendiri sebelum ini, penyanyi Siti Nordiana kini tampil dengan karya baharu berjudul Arah Cinta hasil ciptaan sepenuhnya komposer Ikhwan Fatanna.

Kata Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana, 39, dia meletakkan kepercayaan penuh kepada Ikhwan untuk menghasilkan buah tangan terbaharu buat peminat ini.

siti nordiana 3

Arah Cinta mendapat sentuhan penuh Ikhwan.

"Saya sebenarnya bekerjasama dengan komposer lain sebab memang tidak ada masa untuk buat lagu terbaru. Untuk buat lagu tak boleh buat dalam tempoh yang singkat untuk mendapatkan idea.

"Saya juga perlu cepat untuk keluar dengan karya baharu, kalau nak tunggu idea sendiri itu memang akan ambil masa sedikit. Jadi, saya mempertaruhkan karya komposer lain sebagai single sendiri," katanya.

Tambah Nana, sebagai seorang penyanyi dia juga mahu memberikan kepelbagaian dan menerusi sentuhan Ikhwan ini ia dapat membuktikan kemampuan vokal tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Siti Nordiana meninggal dunia dalam tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah hidup diangkat jadi drama, Siti Nordiana bimbang jika ada babak dilihat keterlaluan

Bercakap lanjut, lagu Arah Cinta ini betul-betul menguji vokalnya menerusi susunan muzik yang memerlukan dia menyanyi dengan nada tinggi.

"Saya mahu cuba pelbagai sentuhan untuk melihat bagaimana sambutannya. Saya ambil keputusan untuk dapatkan khidmat komposer lain.

Lagu ini agak mencabar buat saya

SITI NORDIANA

PENYANYI

"Keunikan single kali ini, ia menguji vokal saya. Mungkin sudah lama orang tak mendengar saya nyanyi lagu yang power ballad. Jadi, dalam lagu ini, Ikhwan letakkan dinamik dalam lagu.

"Lagu ini agak mencabar buat saya," ujarnya.

Berkongsi tentang penghayatan dalam lagu ini, Nana mengambil inspirasi sekeliling untuk mendalami kisah yang cuba disampaikan oleh komposer.

siti nordiana 1

Nana cabar vokal dalam lagu baharu.

"Semua idea lagu ini adalah dari Ikhwan yang dibuat berdasarkan kisah perhubungan toksik.

"Saya cuba bayangkan perkara itu kerana di sekeliling saya juga terdapat kisah seperti ini. Dengan cara itu, saya dapat mendalami ketika menyanyi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain