DISEBALIK kejayaan menambat hati juri semasa sesi uji bakat program realiti America's Got Talent 2023 (AGT 2023) baru-baru ini, penyanyi Cakra Khan mengakui dirinya berdepan perasaan gementar luar biasa. Kata Cakra atau Cakra Konta Paryaman, 31, perasaan gugup keterlaluan itu mungkin disebabkan dia bertanding di luar negara sendirian tanpa ditemani individu dikenalinya. "Dulu saya juga pernah mengikuti pertandingan di Indonesia cuma belum ada rezeki. Jika ditanya perbezaanya tidak ketara sangat kerana proses menunggu, latihan sebelum persembahan semuanya sama. "Setiap kali membuat persembahan pentas memang saya akan merasa gementar cuma bezanya kalau di Indonesia saya punya team di belakang pentas. Cakra kongsi perasaan gugup ketika menyertai AGT 2023. "Di AGT 2023 saya sendiri! Saya tidak kenal sesiapa melainkan para juri. Tekanan yang dirasai sangat luar biasa," katanya kepada mStar. Cakra berkongsi perkara itu menerusi sidang media Dream Festival Collaboration Vol 4 - Cakra Khan Live in Kuala Lumpur yang diadakan secara maya pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Cakra Khan mohon doa peminat, sertai program America's Got Talent ARTIKEL BERKAITAN: Berjaya tambat hati Simon Cowell, Cakra Khan tak lupa peminat Malaysia... Konsert 17 September di Zepp KL Bagi menghilangkan rasa gementar yang dilalui, penyanyi lagu Kekasih Bayangan itu memberitahu dia hanya memberikan fokus kepada nyanyiannya tanpa memikirkan komen yang akan diberikan juri. Tambah Cakra, ketika Simon Cowell memberhentikan nyanyian pertamanya, dia menyangka juri tetap berkenaan tidak menyukai persembahannya itu. "Sewaktu menyanyi, saya rapatkan mikrofon di dada dan di dalam kepala saya hanya memikirkan soal nyanyian. Di AGT 2023 saya sendiri! Saya tidak kenal sesiapa melainkan para juri. Tekanan yang dirasai sangat luar biasa. CAKRA KHAN PENYANYI "Sejujurnya selepas sahaja menyanyi, saya tidak lagi memikirkan apa kata juri... yang penting saya sudah selesai membuat persembahan. "Apabila nyanyian lagu pertama saya diberhentikan, saya fikir dia tidak suka. Tetapi ketika dia memberi peluang untuk saya menyanyikan lagu lain, difikiran saya bukan komen yang bakal diterima, yang penting saya persembahkan lagu itu sebaik mungkin," ujarnya. Berkongsi mengenai persiapannya di AGT 2023, Cakra memberitahu dia hanya perlu mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menjaga kemantapan vokal. Menurutnya lagi, dia sudah memilih lagu yang akan dipersembahkan dan sedang menunggu makluman daripada pihak AGT 2023 untuk berangkat ke Amerika Syarikat. "Untuk memastikan vokal saya sentiasa dalam keadaan baik, saya akan melakukan latihan setiap hari dan paling penting adalah cukup tidur. "Jadi kalau kita dapat rehat yang secukupnya dan jaga kesihatan serta lakukan latihan setiap hari, itu adalah lebih penting. "Saya sudah memilih lagu yang akan dibawakan nanti. Sekarang saya sedang menunggu makluman daripada pihak AGT untuk berangkat ke sana," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Cakra turut meluahkan rasa teruja apabila bakal digandingkan bersama Nadeera selaku penyanyi jemputan dalam konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur September depan. Cakra bakal menghiburkan penonton di Kuala Lumpur. Memuji kemantapan vokal milik juara Big Stage musim kelima itu, Afgan memberitahu dia sentiasa terbuka untuk berkolaborasi bersama artis baharu. "Nadeera mempunyai suara yang luar biasa. Saya terbuka untuk berkolaborasi bersama artis yang belum pernah bekerjasama. "Pilihan artis dibuat atas perbincangan pihak penganjur... saya tidak memilih rakan artis, kadang-kadang saya ini random juga orangnya," katanya. Konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 17 September depan dan harga tiket bermula RM178 sehingga RM5,800. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!