DEMI menjayakan watak sebagai Ejen M, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad sanggup menukar penampilannya agar tampak berbeza menerusi drama bersiri B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit. Tidak hanya itu, Sherry atau Sharifah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 38, turut mencabar diri dengan melakukan babak pertarungan tanpa menggunakan bantuan pelakon lagak ngeri. "Saya dah dapat maklumat mengenai watak saya dalam drama ini sudah lama, saya teruja sebab nak lakonkan watak spy yang tak pernah dibuat sebelum ini. "Jadi saya cari rambut untuk watak ini sampai terlupa saya kena buat aksi bertarung sehinggalah sesi membaca skrip. Sherry dan Nadia teruja bawa watak sebagai ejen. "Waktu itu memang terkejut tapi saya rasa itu antara menariknya lakonan saya kali ini. "Semua aksi dalam drama ini saya lakonkan sendiri sebabnya tak jumpa pelakon lagak ngeri yang sama saiz dengan saya," katanya kepada mStar. Sherry berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama bersiri B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit yang diadakan pada Khamis. Berkongsi lebih lanjut, Sherry memberitahu dia menggunakan rambut palsu sepanjang menjalani penggambaran drama berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Jawab isu masam muka, Sherry Alhadad gembira tengok Nad Zainal bahagia - “Saya anggap dia macam adik” ARTIKEL BERKAITAN: Satu-satunya anak belum berkahwin, Sherry Alhadad paling sibuk urus persiapan raya ibu... Sudah bersedia cari teman hidup Katanya, rambut tersebut bersesuaian dengan wataknya sebagai seorang perisik. "Saya setiap kali dapat skrip dah ada bayangan untuk watak itu... nak potong rambut tak boleh sebab saya pengacara jadi rambut kena panjang. "Salah satu cara yang selamat dengan menggunakan rambut palsu. Alhamdulillah tidak tercabut. "Bagi saya rambut ini okay untuk saya sebab saya ini jenis berpeluh dan watak lari-lari tak sesuai rambut panjang bagi saya," katanya lagi. Ala tapi gatal-gatal manja sahaja cuma dengan Kamal dia lain sikit. SHERRY ALHADAD PELAKON/PENGACARA Selain membawa watak aksi, Sherry juga menyelitkan aksi gatal dalam drama berkenaan. Jelas Sherry, watak tersebut sangat menjadi apabila digandingkan bersama Kamal Adli yang sentiasa bersedia untuk membantunya. "Saya ini sangat yakin bila di atas pentas atau di mana-mana medium tapi bila dengan lelaki saya ini pemalu. Sherry selesa bergandingan dengan Kamal. "Tapi bila saya fikir saya berlakon... jadi saya boleh jadi apa-apa sahaja. Saya sangat bersyukur bila digandingkan dengan Kamal Adli yang banyak membantu," Drama bersiri B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit mengisahkan tentang 2 ejen perisik dari sebuah negara Andorsia yang dipilih untuk sebuah operasi sulit iaitu menyelamatkan rakan mereka yang telah diculik oleh sekumpulan pengganas. Selain Sherry dan Kamal, B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit juga turut dibintangi Nadia Brian, Fauzi Nawawi, Zarul Husin, Mekyum, Aziz M Osman dan Emelda Rosmila. B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit akan mula bersiaran pada 24 Ogos 2023, pukul 11.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!