PELAKON Wafariena tampil membuat laporan polis susulan terdapat beberapa pihak menyalahgunakan nama dan fotonya di sosial media. Wafa atau Wafariena Roslan, 28, berkata, dia sebenarnya sudah lama menyedari kewujudan beberapa profil palsu itu namun melihat ia semakin berlarutan meskipun sudah beberapa kali membuat laporan di medium berkenaan. "Dah lama saya sabar... kalau kita tekan butang report pun tak jalan juga. Masih ada akaun baru atau mereka yang terus menggunakan nama saya. Wafa ambil tindakan tegas selepas lama berdiam. "Disebabkan sudah keterlaluan, saya buat laporan polis untuk membersihkan nama selain ingin menegaskan saya hanya ada satu akaun peribadi dan kelab peminat di Facebook," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Wafa memberitahu dia membuat laporan itu di Balai Polis Kundang, Selangor pada Jumaat lalu. Dalam laporan berkenaan, Wafa menyenaraikan sebanyak 13 akaun sosial media palsu telah diwujudkan sehingga memberi kesan terhadap dia. ARTIKEL BERKAITAN: “Demi Allah bukan saya” - Wafariena tiada kena mengena jaja kisah rumah tangga Che Ta, hanya ada satu kelab peminat ARTIKEL BERKAITAN: Tiba-tiba muncul cerita ‘naik tangan’, Che Ta mengamuk kisah rumah tangga dijaja di Facebook Wafa juga memberitahu tindakan membuka akaun palsu dengan identiti orang lain itu juga adalah dalam kategori jenayah komersial. "Polis maklumkan akaun-akaun palsu ini boleh dikenakan tindakan jenayah komersial kerana mereka mengaut keuntungan menggunakan nama saya. "Selain itu ada mereka juga telah menimbulkan fitnah. Ada juga akaun yang membalas komen peminat kononnya itu adalah saya. Dah lama saya sabar... kalau kita tekan butang report pun tak jalan juga WAFARIENA PELAKON "Saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk jalankan siasatan," ujarnya. Pada Jumaat lalu, nama Wafa menjadi bualan hangat selepas pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa marah apabila dia difitnah oleh individu yang tidak dikenali menggunakan akaun kelab peminat Wafariena Fans Club di Facebook. Rozita atau Che Ta berang selepas status yang dibuat mendakwa rumah tangganya bersama suami, Zain Saidin dikatakan sedang goyah. Antara akaun palsu (kanan) yang menggunakan nama Wafa. Tambah Wafa dia juga berharap orang ramai tidak mudah percaya dengan mana-mana akaun media sosial yang menggunakan nama artis atau selebriti bagi tujuan mempromosikan produk atau jualan. "Kalau ia betul kelab peminat saya, mestikan bercakap tentang perkembangan kerjaya. Tapi mereka ini bercakap benda yang bukan-bukan selain menjual produk. "Jadi kepada orang ramai jangan mudah terpedaya dengan cara sebegini," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!