suria

Neera Azizi bukan penyebab Nafiez Zaidi berpisah, tak mahu ada masalah dengan Fify Azmi

Gambar Neera dan Nafiez menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat.

PELAKON Neera Azizi bengang apabila dituduh sebagai orang ketiga dalam hubungan Fify Azmi dan Nafiez Zaidi sehingga mereka berpisah.

Neera atau Nurazneera Azizi, 25, menegaskan pihak yang membuat tuduhan itu tidak sepatutnya cepat menghakimi hanya kerana melihat perkongsian di media sosial semata-mata.

"Saya pelik apabila terima banyak pesanan di Instagram (direct message) sehingga ada menuduh saya sebagai penyondol. Apa yang saya sudah buat?

neera azizi 2

Neera terkesan dengan komen melampau netizen.

"Saya pun tidak tahu apa masalah yang berlaku antara Fify dan Nafiez... Sepatutnya orang siasat dahulu sebelum terus membuat kesimpulan hanya berdasarkan sekeping gambar.

"Segelintir orang terlalu cepat membuat andaian," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Nama Neera mula menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi gambar menemani Nafiez menghadiri acara malam gala filem Malbatt Misi Bakara baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tak puas enjoy punca tak jadi kahwin Nafiez Zaidi, Fify Azmi jawab berkeras mahu berpisah - “Tak perlu buka aib sesiapa”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dikecam kerana nyanyian, Neera Azizi tukar kerjaya jadi pramugari

Menjelaskan hubungan mereka berdua, kata Neera dia sudah lama mengenali Nafiez dan tidak melihat tindakan menemani aktor itu sebagai satu kesalahan.

"Saya juga pernah bekerja dengan Nafiez sebelum ini. Kami dah kenal lama dan rapat, jadi tak salah rasanya kami berkawan.

"Masa kongsi gambar di Instagram, saya tak fikir pula orang akan buat andaian kami bercinta. Saya hanya menemaninya sebagai seorang kawan.

Segelintir orang terlalu cepat membuat andaian

NEERA AZIZI

PELAKON

"Memandangkan sudah post gambar itu, jadi terpaksalah saya tanggung dengan komen orang ramai. Cuma saya harap jangan melampau sebab saya juga ada keluarga," ujarnya.

Dalam pada itu, Neera turut berasa bimbang komen keterlaluan netizen boleh mengeruhkan keadaan sehingga mencetuskan salah faham antara dia dan Fify.

"Selepas banyak komen keterlaluan sehingga menyebut nama Fify, saya terus off ruangan komen. Saya tak mahu orang laga-lagakan saya dengan Fify.

neera azizi 3

Neera tak mahu wujud salah faham antara dia dan Fify (kanan).

"Kami tiada ada sebarang masalah, dan mungkin selepas ini akan bekerjasama. Saya tidak mahu wujud sebarang masalah kerana kita dalam satu industri," jelasnya.

Pada malam gala itu juga, Nafiez membuka mulut mengenai hubungannya dengan Fify yang sudah berakhir sejak April lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain