SELEPAS menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), penyanyi rap Altimet memulakan tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dengan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Taman Kosas, Ampang, Selangor pada Ahad. Altimet atau Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 45, cukup bersemangat untuk bersama rakyat yang telah turun mengundi meskipun bertungkus-lumus menjalankan kempen sebelum PRN berlangsung pada Sabtu. Melihat masjid dan rumah ibadah lain sebagai kawasan tumpuan ramai, Altimet yakin majlis agama antara salah satu kaedah terbaik untuk dia mendekati rakyat. Altimet mahu dekati pelbagai golongan masyarakat. "Kerja bermula hari ini. Pukul 6 pagi, Masjid Taman Kosas. Semangat! "Antara perancangan saya adalah ke arah itu (program agama). Kita tahu tempat ibadah adalah tumpuan komuniti. Perlu sentuh dan prihatin terhadap semua golongan," katanya ketika dihubungi mStar. Altimet sebelum itu berkongsi serangkap pantun mengajak orang ramai ke masjid berkenaan selepas namanya diumumkan menang bagi DUN Lembah Jaya. ARTIKEL BERKAITAN: Otai Hip Hop masuk DUN! Altimet menang bergaya di Lembah Jaya... Penyanyi pertama jadi YB ARTIKEL BERKAITAN: Altimet selesai mengundi, sempat bergambar dengan bakal pengantin Berkesempatan berjumpa penduduk sekitar kawasan masjid, Altimet sudah menerima beberapa maklum balas yang perlu diberi perhatian kelak. Justeru baginya tiada istilah rehat panjang selepas diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat. "Ada jemaah yang belum pernah berjumpa datang berbual dengan saya. Mereka timbulkan beberapa isu dan saya ambil maklum perkara tersebut. Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan dengan betul ALTIMET AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI "Apa pun kena tunggu upacara angkat sumpah dahulu untuk teruskan kerja. Selangor pun masih cuti umum esok (Isnin)," ujarnya. Syukur atas kemenangan sebagai Adun, penyanyi lagu Amboi ini juga sedar namanya kini terus menjadi perhatian dalam arena politik. "Syukur dan teruja dengan tugas yang diberikan ini. Sekarang tugas saya lebih besar dan perlu lakukan dengan betul. Altimet teruja mulakan tugas sebagai wakil rakyat. "Saya sedia menjalankan tanggungjawab ini," jelasnya. Dalam PRN kali ini Altimet bertanding menentang calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin. Altimet mendapat undian sebanyak 26,172 undian dengan majoriti sebanyak 6,320. Manakala Sharifah Haslziah mendapat 19,852 undian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!