suria

Sophia Ibrahim dapat jolokan ‘pinggang kerengga’, filem Dr. Rushdi paling beri impak - “Saya hanya ikut jalan cerita”

Sophia masih aktif berlakon meskipun sudah berusia 75 tahun.

INDUSTRI lakonan tempatan sudah mengalami banyak perubahan termasuk golongan pelakon lebih menjaga sensitiviti masyarakat termasuk melakukan adegan ranjang atau bersentuhan antara lelaki dan wantia dalam drama mahupun filem.

Zaman media sosial juga membuatkan ramai lebih berhati-hati dalam menzahirkan lakonan mereka atau bakal menerima padah kecaman netizen.

Melihat perubahan itu, pelakon veteran Sophia Ibrahim mengimbau penerimaan penonton pada zaman 60-an tidak boleh disamakan dengan zaman sekarang.

Sophia atau Safiah Ibrahim, 75, berkata, pada zaman kegemilangannya dia tidak pernah berdepan kecaman peminat biarpun pernah melakonkan babak 'panas' dengan hanya memakai coli dalam seluar dalam menerusi filem Dr. Rushdi.

"Kalau lihat babak dalam filem itu, ada babak saya nak kena tembak, saya hanya memakai coli dan seluar dalam sahaja.

sophia1 - 1

Sophia dan P. Ramlee dalam filem Dr. Rushdi.

"Logiknya tak akan lepas berasmara terus ada baju? Pengarah mahu tunjuk saya terkejut sebab tiba-tiba ada lelaki lain datang hendak menembak saya.

"Adegan itu juga tidak dipotong dan apabila filem keluar, apa yang saya lakonkan hanya mengikut jalan cerita," katanya kepada mStar.

Aktres itu berkongsi kenangan sewaktu berlakon dalam filem yang ditayangkan pada 1979 arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Berkongsi zaman kegemilangannya, Sophia memberitahu dia pernah mendapat jolokan 'pinggang kerengga' kerana memiliki bentuk badan yang seksi dan menawan.

ARTIKEL BERKAITAN: "Pergi cari gambar saya berbikini, ada tak?" - Nasha Aziz pegang pada prinsip, resepi 30 tahun bertahan sebagai model

ARTIKEL BERKAITAN: "Tiada lagi air mata untuk menangis"... Zaiton Sameon akui kisah hidupnya kini ada kaitan dengan lagu pernah dinyanyikan

Katanya, dia juga tidak kisah sekiranya filem lakonannya ditayangkan semula di televisyen kerana menganggap setiap karya yang dihasilkan P. Ramlee adalah yang terbaik.

"Kalau dulu tak perlu ceritalah Sophia Ibrahim punya seksi... Peminat panggil saya pinggang kerengga.

"Dulu peminat tidak kisah kalau kita berlakon berkemban pun. Sekarang ini semua tak boleh.

"Tak ada guna nak menyesal kerana filem-filem itu semuanya karya yang bagus. Macam dulu pelakon tidak diberi dialog atau skrip... semuanya spontan," ujarnya.

Kalau lihat babak dalam filem Dr. Rushdi tu, sewaktu saya nak kena tembak, babak saya hanya memakai coli dan seluar dalam.

SOPHIA IBRAHIM

PELAKON

Sophia bagaimanapun menjelaskan sebagai seorang pelakon, dia hanya mahu menjayakan watak dengan baik.

Kata Sophia, pengalaman berlakon dengan Allahyarham antara yang paling diingati dan karya-karyanya banyak memainkan karakter realiti dalam kehidupan masyarakat.

"Saya rasa shooting dengan Allahyarham antara yang paling terbaik. Dialog-dialog filem arahannya semuanya spontan.

"Memang Allahyarham P. Ramlee mahukan babak yang sedemikian (babak panas) sebab filem-filemnya semua berkisarkan tentang realiti kehidupan.

sophia3 - 1

Sophia juga merupakan seorang penyanyi.

"Saya tidak pula menerima sebarang kecaman selepas berlakon filem berkenaan. Itu semua antara usaha pelakon untuk menunjukkan kehebatan lakonan mereka," katanya.

Untuk info, selain Sophia dan P. Ramlee, Dr. Rushdi turut dibintangi pelakon-pelakon hebat termasuk Sarimah, Ed Osmera, Ismail Mahmud, Ibrahim Joned dan ramai lagi.

Dr. Rushdi mengisahkan tentang kehidupan penuh onak duri sepasang suami isteri iaitu Rushdi (P. Ramlee) dan Mariana (Sophia).

Rushdi sering sibuk melayani pesakitnya sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada isterinya yang dahagakan belaian seorang suami.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain