suria

Setiap bulan terima berita artis veteran sakit, PKAVM anjur ‘Sepanjang Jalan Kenangan’ kumpul dana

PKAVM mencari dana untuk memberi sumbangan buat artis veteran.

GAGAL menahan sebak menerima khabar salah seorang artis veteran yang menderita kanser membuatkan Timbalan Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) iaitu Sandakiah Azez mahu melakukan sesuatu untuk golongan itu.

Susulan itu, PKAVM mengambil inisiatif mengadakan malam amal Sepanjang Jalan Kenangan dalam usaha mengumpul dana untuk disalurkan kepada ahli yang sedang terlantar sakit.

"Setiap bulan ada sahaja berita yang kami dengar tentang artis veteran sakit... Masuk hospital dan sebagainya.

"Ada juga artis yang nampak sihat diluar tetapi sebenarnya sedang menanggung sakit... Baru-baru ini saya terima berita seorang artis veteran yang disahkan menghidap kanser.

"Saya tidak mahu berkongsi siapa individu berkenaan, biarlah dia beritahu sendiri nanti," katanya kepada mStar.

veteran1 - 1

Sandakiah (kiri) berharap program Malam Amal ini mendapat sambutan ramai.

Dalam pada itu, inisiatif program yang dilakukan ini juga diharap dapat membantu meringankan beban kehidupan mereka yang kurang mendapat tawaran pekerjaan.

"Tujuan program malam amal ini sebenarnya adalah untuk mengumpul dana bagi menjaga kebajikan ahli PKAVM.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak Wan Latah dah tak ada duit, sedih tiada produksi mahu ambil berlakon

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza anggap hidap kanser sebagai hikmah, kini giat buat solat qada dan sudah mampu hafal surah lazim

"Jadi saya rasa kalaulah kita dapat bantu mereka dengan sumbangan RM200-RM300 pun pada mereka sudah cukup untuk membantu meringankan beban yang ditanggung.

"Sebahagian dana juga akan diperuntukkan bagi program pembangunan modal insan, memberi peluang kepada ahli-ahli untuk meningkatkan prestasi dan imej dengan lebih luas lagi," ujarnya.

Ada juga artis yang nampaknya sihat diluar tetapi sebenarnya mereka sedang menanggung sakit.

SANDAKIAH AZEZ

TIMBALAN PENGERUSI PKAVM

Malam amal Sepanjang Jalan Kenangan akan berlangsung pada 9 September 2023 pada pukul 8 malam di Grand Ballroom, Melaka International Convention Centre, Ayer Keroh, Melaka.

Acara itu nanti turut diserikan dengan persembahan artis veteran seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Jefrydin, Datuk Yusni Hamid, Mariam Ahmad dan Mariam Ahmad.

veteran2 - 1

Khatijah Ibrahim antara artis yang bakal membuat persembahan.

Tidak ketinggalan Helen Velu, A. Rahman Onn, S. Mariam, Hairee Kool, Sophia Ibrahim, P. Radhi dan pelawak Abon sebagai pengacara.

PKAVM mengalu-alukan sokongan daripada pihak jabatan dan agensi kerajaan, badan-badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu melalui penajaan Platinum, Emas, Perak dan Gangsa berharga antara RM10,000 ke RM50,000.

Bagi belian meja boleh didapati dengan harga antara RM2,000 ke RM8,000 (10 orang), ruang iklan dalam buku cenderamata dijual antara RM1,000 ke RM4,000 atau boleh menerusi tajaan barangan serta sumbangan ikhlas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain