PENYANYI Altimet mendahuli sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Lembah Jaya dalam kiraan undi tidak rasmi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023. Altimet atau Syed Ahmad Syed Ambdul Rahman Alhadad, 45, yang bertanding atas kerusi Pakatan Harapan (PH), mendahuli dengan undian sebanyak 14,570 berbanding 9,611 yang diperoleh calon Perikatan Nasional (PN) Sharifah Haslziah Syed Ariffin. ARTIKEL BERKAITAN: Altimet selesai mengundi, sempat bergambar dengan bakal pengantin ARTIKEL BERKAITAN: Altimet segak berbaju Melayu merah, berdepan pertembungan satu lawan satu di DUN Lembah Jaya Keputusan tersebut berdasarkan kiraan tidak rasmi yang diperoleh setakat pukul 8.42 malam. Kiraan tersebut menyaksikan Altimet hampir menang dengan majoriti selesa. DUN Lembah Jaya menyaksikan seramai 65,650 jumlah pengundi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!