suria

Peminat tetap minta ‘Ramalanku Benar Belaka’... Zarul Husin tangguh niat lancar lagu baharu

Zarul akui bukan mudah memikat telinga pendengar dengan lagu baharu.

DI SEBALIK rasa syukur dan bangga masih relevan dalam industri, terselit rasa terkilan dalam hati penyanyi Zarul Husin apabila lagi baharunya sukar mendapat tempat dalam kalangan pendengar.

Zarul atau Zairulkefli Husin, 50, berkata, lagu baharu yang dikeluarkan sejak 2014 hingga 2021 tidak berjaya melekat apabila peminat tetap mahu dia menyanyikan lagu-lagu popular bersama kumpulan Umbrella terutamanya Ramalanku Benar Belaka.

"Ada rasa terkilan sebab orang susah nak terima lagu baru saya. Ramalanku Benar Belaka terlalu kuat. Bukan mudah untuk penyanyi lama tampil dengan lagu baru kerana perlu bersaing dengan karya terdahulu.

zarul husin 3

Zarul bimbang lagu baharu sukar diterima peminat.

"Namun tetap ad rasa bangga kerana masih ada yang mahu terbitkan lagu untuk saya. Nak kekal relevan saya kena tampil dengan lagu baru tapi mungkin ramai tahu sejak 2014 saya ada keluarkan lagu baru," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zarul berkata, disebabkan itu juga dia menangguhkan hasrat melancarkan single terbaharunya tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hangat isu poligami, Zarul Umbrella pun kena tempias gara-gara watak dalam drama... Mujur isteri faham cuma lakonan

ARTIKEL BERKAITAN: Zarul Husin Ambil Masa Dua Tahun Keluar ‘Remuk’

Jelasnya, dia tetap positif kerana permintaan peminat yang masih mahu dia menyanyikan lagu lama sebagai rezeki.

"Kerjaya nyanyian masih berjalan seperti biasa. Tetapi untuk lagu baru saya tangguh dulu walau ada satu karya nak dilancarkan.

Tambah Zarul, dia turut mengakui tidak mudah untuk kekal bersaing dalam industri seni masa kini.

Untuk kekal relevan saya kena tampil dengan lagu baru.

ZARUL HUSIN

PENYANYI/PELAKON

Bukan hanya bersaing dengan penyanyi muda malah ramai juga dalam kalangan artis seangkatannya semakin rancak menampilkan karya baharu.

"Saya lihat persaingan industri sekarang terbatas. Orang lama nak naik pun susah. Itu antara cabaran yang perlu dihadapi.

"Ada dalam kalangan artis yang sertai rancangan realiti dan tampil dengan lagu baru pun susah nak naik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain