suria

Ramai tanya status hubungan, Riena Diana dah muak asyik disoal tentang cinta… “Banyak lagi perlu saya capai dalam hidup”

Riena tidak mahu lagi berbicara soal cinta.

MAHU memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni, penyanyi Riena Diana berkata dia kini tidak mahu lagi berbicara mengenai cinta.

Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 26, berkata dia sudah muak apabila berterusan disoal tentang cinta dan lebih selesa untuk tidak mengulas mengenai perkara itu.

"Saya sebenarnya tidak selesa untuk bercakap soal cinta kerana menganggap setiap perhubungan mempunyai pasang surutnya.

riena1 - 1

Riena mahu beri fokus pada kerjaya seni.

"Saya rasa sebelum ini sudah banyak kali kisah cinta saya diperkatakan... daripada putus cinta kemudian berbaik semula.

"Jadi sekarang ini saya hanya mahu fokus pada kerjaya dan tidak mahu ada sebarang gangguan yang boleh membuatkan saya hilang konsentrasi," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian kahwin tahun depan terkubur, percintaan 4 tahun Riena Diana dan teman lelaki berakhir perpisahan

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan kembali bertaut, Riena Diana dan bekas kekasih beri peluang kedua perbaiki kesilapan - "Sikap obses rosakkan kami"

Sebelum ini, pelakon drama Kampung People itu memuat naik hantaran di Instastory apabila ada pengikut bertanyakan mengenai hubungannya dengan bekas kekasih iaitu Nik Afiq.

Aktres berkenaan menjelaskan dia kini tidak terikat dengan mana-mana lelaki dan mengakui dirinya masih single.

Saya sebenarnya tidak selesa untuk bercakap soal cinta. Sebelum ini sudah banyak kali kisah cinta saya diperkatakan.

RIENA DIANA

PELAKON

Kata Riena, dia berkongsi perkara itu di media sosial sekadar untuk tidak mahu menimbulkan salah faham di masa hadapan.

"Saya berkongsi di media sosial pun kerana tidak mahu hubungan kami disalah erti. Kali ini, keputusan untuk berpisah dibuat oleh saya dan dia (Afiq).

"Saya menghormati dengan keputusan yang dibuat demi kebaikan bersama, lagi pun kami masih menjalani hubungan sebagai kawan baik.

"Ada banyak lagi perkara yang perlu saya capai dalam hidup ini, bukan sekadar bercinta dan berkahwin sahaja," ujarnya.

Pada Disember tahun lalu, Riena mendedahkan hubungan cinta empat tahun bersama Afiq sudah berakhir dengan perpisahan.

riena2 - 1

Hubungan Riena dan bekas kekasih masih baik.

Kata Riena, meskipun sudah tidak mempunyai ikatan namun mengakui masih menyayangi bekas kekasihnya itu.

Selepas lebih sebulan mengumumkan kembali solo, aktres berkenaan mengakui hubungannya dengan bekas kekasih kembali bertaut.

Enggan meletakkan sebarang status dalam hubungan mereka, pelakon itu sebaliknya menjelaskan mereka sedang dalam proses memperbaiki kesilapan masing-masing dan berserah kepada jodoh jika akan terus kekal bersama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain