suria

Kongsi video dalam persalinan pengantin, Alya Iman jawab status diri

Alya Iman menjelaskan status dirinya selepas memuat naik video memakai pakaian pengantin.

PELAKON Alya Iman menyangkal dakwaan sudah mendirikan rumah tangga susulan perkongsian terbaharu di Instagram miliknya yang memperlihatkan dia mengenakan busana pengantin.

Alya atau Nur Alya Iman Azmil, 22, sebaliknya berkata, hantaran itu berkaitan dengan sebuah kempen jenama dan berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

"Saya sekadar suka-suka kongsi gambar tersebut.

alya iman 2

Alya terlibat dalam satu kempen yang akan dimaklumkan kemudian.

"Saya harap orang ramai jangan mudah buat spekulasi atau cepat percaya dengan satu perkongsian sahaja di media sosial," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sebelum ini, pelakon itu menerima banyak ucapan tahniah daripada pengikutnya di Instagram susulan hantaran berkenaan kerana ramai menyangka Alya sudah mendirikan rumah tangga.

Enggan mengambil serius tanggapan orang ramai, Alya berkata, dia lazimnya hanya akan berkongsi tentang urusan kerja sahaja di laman sosial miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Imej manis bertudung sudah tiada, Alya Iman post gambar raya tak lagi berhijab

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hanya bertahan dua tahun, akhirnya hubungan cinta Alya Iman dengan duda berakhir

"Biasanya saya akan kongsi berkaitan hal kerja sahaja. Biarlah orang nak kata apa pun... Nanti saya akan jelaskan lebih lanjut tentang kempen tersebut," ujarnya.

Sementara itu ditanya tentang status terkini, Alya secara ringkas memberitahu hatinya masih belum berpunya.

"Saya masih single," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain