suria

“Kalah sampai jadi DJ” - Tukar lirik lagu Malam Pagi, nyanyian Khairy Jamaluddin buat pendengar terhibur

KJ berjaya mencuit hati pendengar radio.

BEKAS Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin atau KJ mencuri perhatian ramai apabila menyanyikan lagu Malam Pagi nyanyian Saixse di konti radio.

KJ, 47, menunaikan permintaan pendengar radio Hot FM yang memintanya untuk menyanyikan lagu tersebut dalam segmen Bekpes Hot pada pagi Isnin.

Namun, apa yang menjadi perhatian apabila KJ mengubah lirik lagu tersebut mengaitkan tentang dirinya yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November lalu.

"Malam masih muda, asal kau duduk macam tak buat apa. Bazir masa nak fikir tentang cinta.

"Ya aku sakit... aku kalah sampai jadi DJ," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puas tidur akhirnya KJ mula tugas sebagai penyampai Hot FM, tak sangka pandai melawak

ARTIKEL BERKAITAN: KJ 'laku keras', baru sehari mula tugas DJ radio dapat pula 'job' Ahli Lembaga Pengarah JDT

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan jenaka yang dilakukan bekas ahli parlimen itu.

"Saya sanggup tunggu dalam kereta dekat parking demi nak dengan KJ menyanyi. Sekali padu teruk.

"Boleh dapat anugerah DJ comel.

"Bila DJ KJ nyanyi tak jadi healing," tulis netizen.

Pada 15 Februari lalu, KJ memulakan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM untuk segmen Bekpes Hot.

Kata KJ, dia bersetuju menerima tawaran menyertai stesen berkenaan kerana baginya ia merupakan peluang untuknya berkomunikasi dan mendekati orang ramai dengan cara lebih santai.

Segmen Bekpes Hot yang bersiaran dari pukul 6 hingga 10 pagi setiap Isnin hingga Jumaat turut dikendalikan oleh AG, Johan dan Fara Fauzana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain