BEKAS penyampai radio Ismahalil Hamzah berkongsi sepanjang dua tahun meringkuk dalam penjara banyak mengajarnya erti keinsafan malah mengambil peluang itu mendekatkan diri kepada Allah SWT. Isma, 50, berkata, dalam tempoh itu juga dia berjaya khatam al-Quran sebanyak tiga kali malah sering bertindak sebagai bilal apabila masuknya waktu solat. "Di dalam sana (penjara) Alhamdulillah saya berpeluang jaga solat, laungkan azan setiap kali masuk waktu solat. "Saya juga berjaya khatam al-Quran sebanyak tiga kali. Masa mula-mula nak lepaskan surah al-Bakarah itu agak lama sikit tapi surah-surah selepas itu dipermudahkan. Isma akui penjara banyak dekatkan diri kepada Allah. "Apabila sudah dibebaskan, rasa cinta dan sayangkan al-Quran semakin kuat," katanya ketika ditemui mStar baru-baru ini. Berkongsi saat pertama kali menjejakkan kaki ke Penjara Sungai Buloh, Isma mengimbau pada awalnya dia seakan-akan hilang semangat namun melaluinya dengan baik apabila mula bergaul dengan banduan lain. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Taring’ Ismahalil sebagai pengacara masih berbisa, jadi tumpuan di Konsert Double Trouble 2 ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Ismahalil tumpah dapat peluk ibu, surau kini jadi rumah kedua "Siapa yang tidak rasa down... Pada awalnya saya asyik nak tidur sahaja tapi Alhamdulillah dalam penjara ini banyak aktiviti diadakan malah berkongsi makanan dengan rakan-rakan yang lain. "Penjara mungkin tidak selesa tapi ia menimbulkan rasa insaf... Di sini juga saya belajar syukur, sabar dan reda. Mungkin payah tapi itu terpaksa kita lalui," ujarnya. Sementara itu, Isma berkata, meskipun sudah dibebaskan namun dia tidak dapat mengelak daripada kata-kata negatif orang sekeliling terhadapnya. Penjara mungkin tidak selesa tapi ia menimbulkan rasa insaf. ISMA HALIL BEKAS PENYAMPAI RADIO Lali dengan perkara itu, Isma berkata, dia masih dalam tempoh berehat sementara mencari waktu sesuai untuk kembali bersiaran. "Sekarang ini saya perlu rehat dahulu... Perlu kembalikan semula semangat. Biasalah kadang ada orang bercakap negatif tapi saya sentiasa maafkan orang. "Tak perlu sakit hati tapi masanya untuk merawat hati," luahnya. Isma kalis kata negatif orang sekeliling. Untuk rekod, Isma sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 5.35 petang, 27 Ogos 2021. Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. Pada 17 Julai lalu, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin melepaskan dan membebaskan pengasas Bapakku FM itu daripada pertuduhan berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!