SERONOK nama semakin dikenali, personaliti media sosial Boss James mengakui kehidupannya kini berubah sepenuhnya. Memandangkan dirinya sudah mula dikenali ramai, Boss James atau nama sebenar James Ng, 31, berkata dia juga perlu menjaga penampilan terutamanya apabila berada di tempat awam. "Sejujurnya daripada zero sehinggalah menjadi diri saya sekarang ini, hidup saya sudah berubah 180 darjah. Boss James ketika ditemui di sidang media Anugerah TikTok 2023. "Dulu kalau saya keluar lepak saya tidak perlu begitu menjaga penampilan tapi sekarang saya kena berpakaian kemas, muka tidak boleh berjerawat. "Tapi kalau tanya sama ada saya suka atau tidak dengan kehidupan sekarang? Saya bersyukur dan saya sangat suka dengan kehidupan selepas dikenali," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: 13 kategori Anugerah TikTok Malaysia 2023 dipertandingkan... Khairul Aming, Boss James antara calon 'Creator of the Year' ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan kaitkan saya dengan View Chin" - Boss James kena tempias, buat ‘content’ bersama staf wanita pun jadi salah Menggunakan media sosial sebagai platform untuk mengembangkan perniagaannya, Boss James memberitahu dia menghabiskan wang sebanyak RM400,000 semata-mata untuk menghadiri kelas pemasaran. Malah, dia mengambil masa hampir lima tahun untuk dikenali di media sosial dan membina nama bagi menaikkan perniagaannya. "Lebih kurang hampir lima tahun saya berusaha untuk dikenali dalam dunia media sosial ini... ia bukan sesuatu yang mudah. Saya bersyukur dan saya sangat suka dengan kehidupan selepas dikenali. BOSS JAMES PERSONALITI MEDIA SOSIAL "Dalam empat tahun ini, saya menghabiskan lebih kurang RM400,000 untuk mengikuti kelas pemasaran bagi menempatkan diri supaya lebih dikenali di media sosial. "Bagi saya pelaburan itu penting tetapi bukan semua orang ajar perkara yang betul, jadi berhati-hati untuk memilih tenaga pengajar yang bertauliah," ujarnya. Ditanya adakah dia bersedia bergelar seorang pelakon, Boss James berminat untuk mencuba bidang baharu itu dan mahu memegang watak seorang gangster atau taiko. Bagaimanapun, sehingga kini dia masih belum menerima apa-apa tawaran lakonan. Boss James berminat untuk menceburi bidang lakonan. "Buat masa ini saya belum menerima apa-apa tawaran berlakon... sekiranya ada yang menawarkan sudah tentu saya berminat. "Kalau boleh saya nak berlakon jadi taiko... tetapi tak tahulah menjadi atau tidak (ketawa). "Memang ada netizen yang memberikan komen menyuruh saya untuk cuba berlakon... cumanya sekarang saya hanya jual bisnes tetapi kalau ada (tawaran berlakon) saya terima sahaja," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!