suria

Kisah pelakon Melissa Aurellia tiada kad pengenalan dapat perhatian Syed Saddiq, JPN sudah hubungi mahu bantu selesai masalah

Melissa ingin mendapatkan hak sebagai warganegara Malaysia.

PELAKON Melissa Aurellia mendedahkan dia tidak memiliki kad pengenalan Malaysia biarpun dilahirkan di negara ini.

Melissa atau Melissa Quek Ai Ying, 21, antara faktor menyebabkan dia berada dalam situasi tersebut disebabkan masalah keluarga yang rumit selepas dia ditinggalkan oleh ibu kandungnya ketika masih kecil.

"Apa yang boleh saya beritahu, sejak kecil lagi saya ditinggalkan oleh ibu kandung. Ini mungkin antara satu sebab kenapa proses mendapatkan kad pengenalan bermasalah.

melissa2 - 1

Melissa cuba untuk mendapatkan bantuan daripada Syed Saddiq.

Apa yang saya faham, JPN memerlukan kehadiran kedua ibu bapa ketika memohon kad pengenalan. Masalahnya sekarang saya sendiri tidak tahu keberadaan ibu kandung saya.

"Bapa saya pula kini tidak berada dalam keadaan baik disebabkan melalui beberapa fasa pahit dalam hidup. Dia kerap berpindah-randah, sering menukar nombor telefon sehingga menyukarkan saya menghubunginya," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Aliff Alli ditahan polis Indonesia, didakwa palsukan kad pengenalan anak... Berdepan 7 tahun penjara

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah diisytihar sebagai aset, Syed Saddiq umum kucingnya Toby 'pergi' mengejut

Dalam pada itu, Melissa berkata, sebagai jalan akhir untuk mendapatkan kad pengenalan, aktres itu cuba mendapatkan bantuah Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mendapatkan perhatian pihak berkuasa.

Kisahnya yang dikongsi Syed Saddiq di laman sosial miliknya juga mula menampakkan sinar apabila Melissa menerima panggilan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada pagi Sabtu untuk tindakan lanjut masalah dihadapinya.

Saya cuma ingin mendapatkan hak kerana saya memegang sijil kelahiran berwarna hijau.

MELISSA AURELLIA

PELAKON

"Saya pasti ramai lagi masyarakat yang berdepan situasi sama seperti saya... Apa boleh saya katakan, saya sudah buat pelbagai cara untuk memohon kad pengenalan Malaysia tetapi belum berhasil.

"Disebabkan itu juga saya cuba mendapatkan pertolongan Syed Saddiq, perhatian daripada individu berpengaruh.

"Pagi tadi (Sabtu) saya mendapat panggilan daripada JPN yang memberitahu akan membantu sehabis baik bagi mencari penyelesaian masalah saya.

"JPN juga minta saya ke JPN Putrajaya pada Isnin ini untuk langkah seterusnya," ujarnya.

Sementara itu, Melissa berkata, sebelum ini dia tidak cuba menuntut haknya sebagai warganegara Malaysia menerusi saluran undang-undang kerana ia memerlukan kos yang tinggi.

melissa1 - 1

Melissa memegang status warganegara Malaysia.

"Saya cuma ingin mendapatkan hak kerana saya memegang sijil kelahiran berwarna hijau dan status saya adalah warganegara Malaysia... Bapa saya sendiri merupakan warganegara ini.

"Kos melantik peguam untuk membawa kes ini ke mahkamah memeerlukan kos tinggi apatah lagi saya tiada sumber kewangan kukuh.

"Ini cara terakhir yang boleh saya buat dengan meminta bantuan dan perhatian daripada mana-mana individu berpengaruh," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain