BAPA pelakon Atiq Azman iaitu Raja Azman Shah Raja Tak @ Tajuddin, 50-an selamat bergelar suami dengan wanita pilihannya selepas enam tahun menduda. Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah, 23, berkata, sebagai anak dia tumpang gembira apabila bapanya memaklumkan mahu kembali mendirikan rumah tangga. Raja Azman selamat dinikahkan dengan wanita pilihannya iaitu Zuraini Jaafar, 40-an dalam sebuah majlis pernikahan serba sederhana pada pagi Ahad yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak. Atiq bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pernikahan pasangan itu. Atiq tumpang bahagia bapanya bertemu dengan seorang wanita yang dapat menjaganya. "Alhamdulillah, semua okay dan berjalan lancar. Mereka sudah lama berkenalan cuma baru hari ini selesai majlis pernikahan. "Insya-Allah November ini baru diadakan majlis kenduri bagi meraikan mereka memandangkan ibu tiri saya belum pernah berkahwin sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad. Berkongsi mengenai kehadiran ibu tiri, Atiq mengakui sebelum ini dia sukar menerima perkhabaran ibu bapanya mahu berkahwin lain selepas mereka bercerai. ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan rezeki tertutup, sikap bertukar ‘panas’... Atiq Azman dedah mangsa sihir individu dikenali ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman terbuka ditegur isu tayang badan tepi pantai, tetap dikaitkan dengan LGBT - “Takkan nak tunjuk keliling perempuan” Namun sejajar pertambahan usia, dia mula berlapang dada apabila mengenangkan ibu bapanya juga berhak mencari kebahagiaan sendiri. "Saya sebenarnya memang jarang jumpa ibu tiri tapi memang mengetahui tentang hubungan mereka. Saya terima dengan hati terbuka kehadirannya dalam keluarga kami. "Mungkin ada anak-anak yang tak boleh terima jika ibu bapa mereka berkahwin lain dan saya pun pernah seperti itu, sampai menangis! Ada menyangka Atiq yang melangsungkan perkahwinan. "Tapi apabila difikirkan kembali mereka juga ada hak untuk berkahwin lain dan hidup bahagia bersama pasangan masing-masing... Ibu kandung saya pun sudah berkahwin lain," kongsinya. Malah kata Afiq, hubungan ibu bapa kandungnya juga semakin baik sejak mereka bercerai meskipun sebelum ini timbul pelbagai konflik di antara mereka sehingga membawa kepada penceraian. Sementara itu, Afiq memberitahu dia sendiri belum bersedia mendirikan rumah tangga walaupun ada menyangka dia yang naik pelamin. Atiq menemani bapanya ketika majlis akad nikah berlangsung. Kata pelakon drama Nur ini, dia masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami selain perlu mempersiapkan diri sebelum melangkah masuk ke alam perkahwinan. "Belum lagi terfikir nak kahwin... Saya tengah kumpul dulu apa yang kurang, Nak jaga anak orang perlukan duit. "Rezeki memang datang daripada Allah tapi dalam masa sama persediaan itu penting," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!