KONSERT sulung penyanyi dan komposer Faizal Tahir yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada malam Sabtu berlangsung penuh dengan kejutan dan aksi spontan. Persembahan yang bermula tepat pada pukul 9 malam itu dimulakan dengan penuh tenaga apabila Faizal muncul dengan lagu hit iaitu Mahakarya Cinta di hadapan 3,000 penonton di dalam Dewan Merdeka. Single solo pertama Faizal dilancarkan pada 2006 itu sekali gus mengimbau kembali zaman kegemilangannya serta menggamit memori peminat yang mengikuti perkembangan kariernya sejak awal. Konsert itu bagaimanapun sedikit cacat apabila berdepan masalah teknikal sehingga ada menyangka ia adalah gimik namun penyanyi berusia 45 tahun itu kembali ke pentas dengan single terbaharu berjudul OK. Alif dengan spontan menyanyi bersama Faizal. Apa mencuri perhatian, taburan wang kertas bertaburan dari siling Dewan Merdeka ketika Faizal asyik menyanyikan lagu tersebut yang membuatkan penonton bersorak dan bangun untuk cuba mengutip 'duit' tersebut. Kejutan konsert itu tidak terhenti di situ apabila Faizal turut mengundang penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang hadir menyaksikan konsert itu bersama suami, Datuk Seri Mohd Khalid Mohd Jiwa. Siti yang kelihatan sporting ketika namanya diseru Faizal, naik ke atas pentas menyanyikan lagu duet mereka iaitu Dirgarhayu secara akustik. ARTIKEL BERKAITAN: Isu buli buat Faizal Tahir bimbang, didikan perlu bermula dari rumah... Minta jangan salahkan guru semata-mata ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa kali rancang buat umrah tak pernah kesampaian, Alif sayu bertemu Faizal Tahir di Arafah Konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu turut dikejutkan dengan penampilan pelakon Sabri Yunus bersama kumpulan dikir barat menyampaikan lagu Negaraku bersama Faizal. Pada malam itu, Faizal memaklumkan konsert sulungnya itu terjadi selepas dia dipujuk dan dirayu segelintir pihak yang ingin melihat persembahan memukaunya. Sementara itu, Faizal mendedahkan konsert sulungnya itu mungkin tidak akan terjadi sekiranya ada beberapa pihak tidak datang memujuknya. Tambah Faizal, dia memilih Dewan Merdeka kerana lokasi ikonik itu mempunyai 1,0001 kenangan buatnya termasuk ia tempat dia memulakan karier solonya selepas mendapat tempat kedua menerusi pertandingan One In A Million pada 2006 yang diadakan di situ. Siti Nurhaliza turut membuat kejutan tampil berduet dengan Faizal. Secara berseloroh, Faizal turut memberitahu lokasi itu juga tempat dia tewas kepada rakan yang juga penyanyi Alif Satar. Menambah kejutan, Faizal sempat mengundang Alif yang hadir sebagai penonton ke pentas untuk sama-sama menyanyikan lagu Gemuruh khas buat penonton di Dewan Merdeka. Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur memperlihatkan penyanyi itu mendendangkan 21 buah lagu buat penonton termasuk Karma, Ragaman, Cuba, Bencinta, Sampai Syurga dan Santai. Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-66, Faizal turut menyanyikan lagu Negaraku, Malaysia dan Gemuruh bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan penonton. Jalur Gemilang juga megah dikibarkan di dalam dewan selain potongan kad berwarna merah, putih, biru dan kuning dipegang penonton sebelum digabungkan membentuk bendera Malaysia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!