SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, penyanyi dan komposer Faizal Tahir dilihat lebih banyak mengeluarkan lagu berunsur santai dan kerakyatan berbanding tema cinta yang cukup sinonim dengannya. Faizal atau Ahmad Faizal Muhammad Tahir, 45, berkata, pada usianya sekarang dia melihat lagu-lagu genre itu lebih sesuai dengannya selain merasakan lagu 'jiwang' sudah tidak kena dengan jiwanya. Apatah lagi katanya, status sebagai suami dan bapa kepada tujuh cahaya mata membuatkan dia lebih peka dengan muzik yang ingin diketengahkan kepada pendengar. Konsert Faizal Tahir imbau kenangan 3,000 penonton. "Saya tak rasa isteri suka kalau saya menyanyikan lagu cinta takut dia fikir ia dihasilkan untuk siapa. "Kalau dulu saya fikir soal kepuasan diri dan peminat tetapi sekarang banyak keputusan dibuat kerana isteri dan anak-anak yang semakin membesar. Saya tak mahu anak-anak fikir yang bukan-bukan mengenai lagu yang bapa mereka gubah... Hati mereka saya perlu jaga," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Faizal Tahir penuh kejutan dan aksi spontan... Taburan ‘duit’ dan nyanyian spontan Siti Nurhaliza gamatkan Dewan Merdeka ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa kali rancang buat umrah tak pernah kesampaian, Alif sayu bertemu Faizal Tahir di Arafah Faizal berkongsi perkara itu semasa ditemui sebaik sahaja tamat konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam Sabtu lalu. Bukan itu sahaja, Faizal juga mahu karya yang dihasilkan itu lebih dekat dengan anak-anaknya yang semakin besar. Jelasnya walaupun tidak akan dapat bersama mereka selamanya namun nasihat dititipkan menerusi lagu akan terus menjadi ingatan buat mereka. Sekarang banyak keputusan dibuat kerana isteri dan anak-anak yang semakin membesar. FAIZAL TAHIR PENYANYI/KOMPOSER "Saya harus keluarkan produk atau lagu yang bila saya tidak bersama mereka, lagu inilah akan lebih dekat dengan anak-anak. "Disebabkan itu, lagu saya lebih ringan, santai dan mempunyai unsur nasihat supaya ia boleh beri contoh yang baik kepada anak-anak. "Keluarga sayalah yang menjadi penentu kepada lagu yang bakal dihasilkan," katanya lagi. Lagu berunsur nasihat adalah pesanan buat anak-anaknya. Dalam pada itu, penyanyi Mahakarya Cinta ini memaklumkan syarat tersebut tidak dikenakan kepada lagu yang dihasilkan buat penyanyi lain. "Bila saya buat lagu untuk penyanyi lain, saya rasa sedikit bebas untuk berkarya dan lebih kreatif dengan cara lain. Alhamdulillah, Allah bagi saya bakat dan kelebihan untuk hasilkan lagu saya sendiri. "Pada masa sama, saya masih ada ruang untuk buat lagu penyanyi lain dan keluar sedikit daripada kebiasaan," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!