suria

Sharnaaz Ahmad rupanya tauke kedai ais krim, cawangan kelima hadiah hari jadi ke-38

Sharnaaz Ahmad melebarkan sayap dalam bidang perniagaan.

PELAKON Sharnaaz Ahmad mengorak selangkah dalam kariernya apabila melibatkan diri dalam bidang perniagaan ais krim yogurt yang sehingga kini sudah mempunyai lima cawangan.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, pembukaan cawangan kelima Hello di Mahkota Parade, Melaka juga merupakan hadiah istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada 30 Ogos lalu.

"Alhamdulillah sudah ada lima cawangan dan insya-Allah saya akan buka satu lagi cawangan dalam masa terdekat.

"Pembukaan cawangan terbaharu ini juga saya anggap hadiah sempena hari jadi saya pada 30 Ogos lalu," katanya.

Sharnaaz Ahmad 2

Sharnaaz membuka cawangan kelima di Mahkota Parade, Melaka.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia berhasrat untuk membuka cawangan jenama ais krim itu di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Tidak hanya itu, pelakon itu turut memasang impian melebarkan perniagaan berkenaan ke Indonesia selepas melihat sambutan mengalakkan daripada pelanggan.

"Saya memang terharu dengan sokongan ditunjukkan rakyat Malaysia yang menanti Hello dibuka di negeri kelahiran mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Faizal Tahir penuh kejutan dan aksi spontan... Taburan ‘duit’ dan nyanyian spontan Siti Nurhaliza gamatkan Dewan Merdeka

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa kali rancang buat umrah tak pernah kesampaian, Alif sayu bertemu Faizal Tahir di Arafah

"Insya-Allah jenama ini akan menembusi pasaran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak termasuk Indonesia," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hello iaitu Aliza Ali memsasarkan jenama itu membuka 80 cawangan kioks di seluruh negara termasuk Indonesia pada tahun ini.

Selain Mahkota Parade, kioks ais krim yogurt tanpa gula itu itu turut dibuka di 1 Utama, Menara Mustapha Kamal, Jakel Mall dan KTCC Mall.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain