suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rawatan kimoterapi buat rambut gugur teruk, Chef Wan tampil imej kepala botak

Chef Wan tampil dengan imej kepala botak selepas mengalami keguguran rambut yang teruk.

CHEF selebriti Datuk Redzuawan Ismail berkongsi foto terbaharunya yang tampil dengan imej kepala botak selepas bekongsi dia mengalami keguguran rambut yang teruk akbiat menjalani rawatan kimoterapi.

Redzuwan, 65, atau lebih mesra dengan sapaan Chef Wan memberitahu dia yakin dengan penampilan baharunya itu meskipun ada mencadangkan dia mengenakan topi.

"Qamal kata kepada saya selepas mencukur rambut mungkin saya mahu memakai topi untuk menutup kepala jika keluar.

Chef Wann

Chef Wan yakin dengan penampilan baharunya.

"Saya kata saya lebih yakin dengan diri saya daripada bimbang tentang pendapat orang lain tentang penampilan saya atau bagaimana saya harus tampil di khalayak ramai," katanya.

Chef wan berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memaparkan imej terbaharunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rambut gugur sejak jalani rawatan kimoterapi, Chef Wan samakan diri seperti Yul Brynner

ARTIKEL BERKAITAN: Chef Wan disahkan hidap kanser limfoma, bakal mula rawatan kimoterapi

Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu tidak semua orang berani tampil dengan penampilan sebegitu dan menyukainya kerana ia membuatkan kepalanya terasa lebih ringan.

"Kepala saya terasa ringan dan lapang ketika ini," luahnya.

Pada awal Ogos lalu, Chef Wan mendedahkan dia disahkan menghidap kanser limfoma selepas melakukan ujian electrocardiogram (ECG) sebanyak dua kali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia