suria

Dulu masuk GV4 ‘lone ranger’... Sekarang tudung Aishah pun ada pembantu tolong lilitkan

Aishah teruja memulakan cabaran di pentas Alla Stars Gegar Vaganza.

PENYANYI Datuk Aishah akan menggunakan pentas All Star Gegar Vaganza untuk memberi persembahan lebih baik berbanding ketika menyertai pertandingan musim keempat sebelum ini.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, perubahan penampilan yang lebih langsing sejak menjuarai GV4 pada 2017 memberi lebih keyakinan untuk tampil bergaya kerana sebelum ini berasa kurang selesa disebabkan bertubuh besar.

"Dulu tiada pereka fesyen nak buat baju saya sebab katanya nanti terlebih kain. Sekarang ini saya nak tampil bergaya di pentas GV.

"Walaupun saya juara GV4 tapi itu bukan versi terbaik saya. Saya tahu kemampuan diri dan bila lebih sihat seperti sekarang saya boleh menyarung pelbagai pakaian yang lebih bergaya dan memberi persembahan lebih baik.

aishah 222

Aishah lebih yakin untuk tampil bergaya.

"Saya rasa sekarang berada dalam keadaan baik dari segi kesihatan dan stamina," katanya kepada mStar.

Aishah bersama sembilan bekas juara GV akan kembali berentap pada 24 September ini bagi merebut gelaran All Stars Gegar Vaganza.

Juara kali ini akan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah dedah kena santau, sihir dihantar melalui kurier - “Saya mimpi lelaki yang familiar wajahnya”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dapat tawaran penyelesaian baru hadiah GV4, Aishah tetap teruskan lelong harta penaja

Mengimbau kembali perjalanan 10 minggu bertanding dalam GV4, Aishah mendedahkan dia terpaksa menguruskan diri sendiri tanpa bantuan pasukan pengurusan seperti kebanyakan artis lain.

Namun kata Aishah kekurangan tulang belakang dalam pertandingan itu tidak pernah membuat fokusnya lari dalam memberikan persembahan terbaik setiap minggu.

Saya rasa sekarang berada dalam keadaan baik dari segi kesihatan dan stamina.

DATUK AISHAH

PENYANYI

"Dulu saya datang bertanding seorang diri. Semuanya saya buat sendiri setiap minggu.

"Sekarang dah ada team... nak lilit tudung pun dah ada orang akan buatkan. Jadi saya hanya perlu fokus pada persembahan sahaja. Tak perlu nak risaukan hal lain," ujarnya.

Di sebalik kejayaan bergelar juara di GV4, penampilan Aishah sebelum ini pernah menjadi bualan ramai termasuk cara dia berpakaian ketika di atas pentas.

aishah 444

Barisan peserta All Stars Gegar Vaganza.

Bagaimanapun Aishah berjaya menurunkan berat badan kepada 52 kilogram selepas melakukan pembedahan bariatrik pada tahun 2018.

Sementara itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini tidak melihat kontroversi hadiah penajaan pada GV4 lalu sebagai alasan untuk dia tidak menyertai program kali ini.

"Kontroversi saya sebelum ini dengan penaja, bukannya dengan produksi," jelasnya ringkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain