AKSI berani pelakon Hairul Azreen mencabut gigi susu anak sulungnya Yusuf Iskandar mencuri perhatian ramai yang kagum dengan keberanian kanak-kanak berusia 6 tahun itu. Menerusi video dimuat naik isterinya Hanis Zalikha di Instagram memaparkan gelagat Yusof yang pada awalnya dilihat tenang dan bersedia giginya dicabut. Namun reaksi Yusuf yang kelihatan terkejut dan kagum bapanya berjaya mematahkan giginya dengan sekali percubaan membuatkan Hanis terkenang bangga dengan anaknya. Hanis berkata, tanpa disedari anak sulungnya itu semakin membesar dan ini merupakan kali ketiga gigi Yusof tercabut. Hairul patahkan gigi Yusuf dengan sekali percubaan. "Dah gigi susu ketiga yang dicabut. Setiap kali giginya tercabut maksudnya anak lelaki saya semakin besar. "Dan setiap itulah mommy sebak terkenang saat dia masih jalan terkedek-kedek, perut kedepan, semua sayuran yang dia makan, tidur nak bawah ketiak (yang ini masih lagi sama) dan rambut curly wirly," katanya. Dalam pada itu, Hanis turut berterima kasih kepada Hairul kerana berani mematahkan gigi anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: Layanan buruk artis lelaki tersemat dalam hati, Hairul Azreen ditolak gara-gara minta bergambar - “Sekarang dia datang tegur saya” ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ungkit kisah lama tak keluar mengundi, PRU15 Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tayang jari biru "Saya sayang awak sangat anak. Terima kasih daddy selamba patahkan gigi itu," kongsinya. Menjengah ke ruang komen video itu, rata-rata pengikut dan rakan artis terasa ngeri melihat aksi berani aktor berkenaan mencabut sendiri gigi anaknya. Bukan itu sahaja tindakan Hairul juga mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka. Netizen anggap Hairul bapa yang berani. "Phew ngeri! Anak saya semua giginya tercabut sendiri. "Comel Yusuf, gigi tercabut pun muka masih blur tak percaya. Tak macam anak saya macam-macam alasan dia bagi. "Berani ayah Yusuf! Jimat duit ke klinik. Dulu-dulu pun selalu kena tipu dengan ayah kata nak tengok tapi kena cabut giginya," antara komen netizen. Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 6 dan Alisa Aisyah, 3. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!