suria

Ubat kecewa peminat, Nabila Huda anjur konsert Payung Teduh X Sore kali kedua

Payung Teduh dan Sore bakal mengadakan konsert keduanya di Mega Star Arena Kuala Lumpur

PELAKON Nabila Huda bakal menganjurkan konsert kumpulan Indonesia Payung Teduh buat kali kedua di Malaysia bagi mengubat kekecewaan peminat yang tidak dapat menghadiri persembahan mereka tahun lalu.

Nabila, 39, yang juga Pengarah Urusan Neptunes Presents berkata, Payung Teduh yang bergabung dengan Pusakata sebagai Parade Hujan turut digandingkan dengan sebuah lagi kumpulan dari negara jiran iaitu Sore.

Dia yang merupakan peminat setia Payung Teduh dan Sore sejak 2012 memberitahu anak perempuannya iaitu Keisha Laila turut teruja dengan kehadiran dua kugiran tersebut.

Nabila Huda 1

Nabila bersama Sore (kiri).

“Kerjasama pemuzik Indonesia dan Malaysia dalam konsert ini bakal menyajikan satu persembahan hebat selari dengan konsep nusantara dibawakan oleh kedua-dua kumpulan,” katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.

Konsert Senandung Malam - Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) itu bakal diadakan di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 30 September ini.

Lokasi konsert itu mampu memuatkan kapasiti 5,000 penonton selain mempunyai sistem bunyi dan pencahayaan yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: “Maaf tanya, siapa ini? Pelakon ke?” - Komen Nabila Huda timbul pertanyaan, Nad Zainal anggap isu masam muka bersifat ‘high school’

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya juga berhak beri komen” - Nabila Huda tiada niat persenda Masya Masyitah

Dalam pada itu, Nabila berkata, konsert itu juga bakal menampilkan tiga artis popular tanah air iaitu Noh Salleh, Ernie Zakri dan Atilia Haron sebagai penyanyi jemputan bagi memeriahkan acara tersebut.

Katanya, Noh dan Atilia bakal menjadi artis undangan pada segmen Sore manakala Ernie pula akan berduet dengan sebuah lagu khas bersama Payung Teduh.

Konsert ini bakal menyajikan satu persembahan hebat selari dengan konsep nusantara.

NABILA HUDA

PELAKON

"Konsert itu nanti akan berlangsung selama 75 minit untuk setiap slot persembahan dengan rangkaian 18 buah lagi yang akan dipersembahkan pada malam itu," katanya.

Susulan itu, Nabila berharap peminat Payung Teduh dan Sore dapat memberi sokongan untuk menikmati alunan muzik dan konsert yang menghiburkan itu.

“Kami berharap peminat akan memberi sokongan pada Senandung Malam - Payung Teduh X Sore kerana ia hanya diadakan satu malam sahaja kerana jadual padat kedua-dua kumpulan itu.

Nabila Huda

Sore Band teruja bakal menghiburkan peminat pada 30 September ini.

“Sebanyak 40 peratus tiket sudah terjual pada hari pertama penjualan sejak 25 Ogos lalu,” katanya.

Tiket Konsert Senandung Malam - Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) boleh didapati melalui laman web My Ticket Empire.

Pembelian tiket secara ansuran juga ditawarkan melalui Atome untuk konsert berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain