suria

Kilafairy dijangkiti Influenza A, pertama kali sakit tanpa ibu

Kilafairy dijangkiti Influenza A.

PELAKON dan penyanyi Kilafairy mendedahkan dia dijangkiti Influenza A selepas melakukan ujian saringan.

Kilafairy atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 31, turut memohon maaf kerana terpaksa membatalkan kemunculan dalam beberapa acara selain penggambaran di saat akhir kerana jangkitan itu.

"Dijangkiti Influenza A. Maaf saya terpaksa membatalkan beberapa acara selain penggambaran pada minit terakhir," katanya.

kila

Kilafairy berkongsi mengenai kesihatannya di Instagram.

Kilafairy berkongsi mengenai keadaan dirinya itu menerusi Instastory pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Kilafairy berkata, ini kali pertama dia jatuh sakit tanpa kehadiran Allahyarham ibunya iaitu Rohana Jalil yang meninggal dunia pada 20 Jun lalu.

Kata Kilafairy, apa yang terpaksa dilaluinya adalah keadaan sukar buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berita kematian penyampai berita Nightline TV3 palsu, isteri akan kongsi perkembangan Raymond Goh elak salah faham

ARTIKEL BERKAITAN: Lana Nordin berjaya ‘racun’ keluarga mentua makan juadah Melayu, daging masak merah wajib ada!

"Ini kali pertama mengharungi kesakitan tanpa ibu. Ia sukar," katanya.

Rohana menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Allahyarham meninggal dunia akibat kebocoran usus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain