PELAKON Tasha Shilla tidak menjadikan bidang lakonan sebagai keutamaan meskipun suaminya tidak menghalang dia terus bergiat aktif. Tasha atau Natasha Sheila Abdul Razak, 36, berkata keluarga menjadi perhatiannya ketika ini selain sedang sibuk dengan perniagaan terbaharunya iaitu NYLA Beauty. “Fokus utama saya adalah keluarga, anak-anak, suami. Dan yang kedua adalah produk (perniagaan) saya. Tasha kini sibuk menguruskan perniagaan NYLA Beauty. “Insya-Allah mana-mana pengambaran yang hanya melibatkan satu dua hari, kita tengok macam mana. Dipertimbangkan,” katanya kepada mStar. Tasha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelanaran NYLA Beauty di W Hotel Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam pada itu, Tasha berkata, sebagai ibu kepada dua cahaya mata iaitu Raees Zander, 2 dan Nyla Kaadira, 1, dia turut berasa risau untuk meninggalkan mereka dalam tempoh lama memandangkan penggambaran mengambil masa panjang. ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan semakin sopan, Tasha Shilla mahu berubah jadi lebih baik - "Suami tak pernah letak syarat dalam berpakaian" ARTIKEL BERKAITAN: Timang cahaya mata kedua, Tasha Shilla dan suami sepakat pilih nama Nyla Kaadira Kata pemenang Artis Baharu Wanita Popular 2011 ini, dia mungkin akan kembali aktif apabila dua anaknya itu sudah besar. “Apabila anak-anak sudah dewasa, masuk asrama, Insya-Allah saya akan kembali dalam bidang ini (lakonan). Tasha semakin bahagia melayari rumah tangga bersama suami dan anak-anak. “Bukan sekadar berlakon, watak yang dibawa juga beri manfaat kepada masyarakat,” ujarnya. Untuk rekod, NYLA Beauty adalah merupakan produk yang membantu individu terutama golongan ibu menguruskan rambut dengan baik selepas bersalin. Dalam masa sama, ia juga mempunyai produk rambut yang boleh dipakai oleh bayi dan kanak-kanak. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!