SUSULAN perniagaan Tiara Botol Candy mendapat permintaan luar biasa setiap kali jualan dibuka, pelawak Achey mengambil keputusan mengupah beberapa orang pekerja sambilan bagi membantu melakukan kerja pembungkusan. Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata, dia dan isteri tidak lagi mampu memenuhi permintaan yang ada sebaliknya merancang menyediakan stok terlebih dahulu sebelum membuka jualan di TikTok. "Apabila permintaan terlalu tinggi, saya tidak boleh membuka jualan dulu baru nak buat bungkusan. Kami jadi penat kerana setiap hari tempahan akan bertambah. "Katakan kami bungkus 5,000 gula-gula, tetapi tidak perasan dekat beg kuning ada lagi 1,000 tempahan... Jadi kami sudah terlebih bajet. "Jadi buat sementara ini saya fikir ingin mencari pekerja sambilan untuk kerja pembungkusan," katanya ketika dihubungi mStar. Achey turut menerima ratusan mesej yang ingin bekerja sambilan. Dalam pada itu, Achey memberitahu sebaik sahaja memuat naik iklan menari pekerja sambilan di Instagram miliknya pada Selasa, dia menerima ratusan mesej daripada individu yang berminat, termasuk ada menawarkan untuk bekerja secara sukarela. Kata Achey, dia membuka peluang buat individu yang ingin bekerja untuk membungkus gula-gula, khususnya buat pelajar dan masih bujang. "Sebelum ini waktu cuti sekolah kami buat di kampung... ramailah sepupu dan saudara yang tolong Tiara bungkus gula-gula tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Kecil-kecil minat berniaga! Achey layan permintaan anak bisnes gula-gula, 2 jam ‘live’ jual 3,000 pek... "Yang nak membungkus ni mak bapa dia" ARTIKEL BERKAITAN: Achey dedah Tiara ada masalah pembelajaran, galak berniaga mahu asah kemahiran anak "Bila sudah berada di KL, siapa nak tolong... jadi mungkin saya boleh cari pekerja sambilan dalam kalangan pelajar dan masih bujang... ini kerana orang bujang kurang sikit komitmennya. "Baru saja saya update tadi, ramai yang mesej nak bekerja dengan saya malah, ada yang kata sanggup tidak dibayar semata-mata ingin berjumpa Tiara," ujarnya. Sementara itu, Achey meluahkan rasa syukur apabila jualan yang diusahakan anak perempuannya Nur Tiara Zinnirah mendapat sambutan menggalakkan daripada pembeli. Apabila permintaan terlalu tinggi, saya tidak boleh buka jualan baru nak buat bungkusan. ACHEY PELAWAK Setakat ini, hampir 18,000 pek gula-gula sudah terjual dan jumlah pemulangan semula juga sangat rendah berbanding sasaran yang dibuat. "Saya buka berapa jualan pun, netizen beli saja. Harga yang kami beri pun agak murah... feedback yang kami terima daripada pelanggan pun semua berpuas hati kerana isinya padat. "Alhamdulillah setakat ini jualan Tiara Botol Candy sudah mencecah 18,000 bungku. Saya juga bersyukur jumlah pemulangan semula barangan pun tidak terlalu tinggi. "Contohnya kalau kami pos 3,000 parcel, hanya dua peratus pemulangan semula sekitar 12 atau 13 parcel sahaja," jelasnya. Tiara Botol Candy terjual hampir 18,000 pek. Bercakap soal perancangan masa hadapan, Achey kini mengambil serius terhadap perniagaan yang diusahakan dan sanggup menjual asetnya bagi tujuan penambahbaikan segala urusan. "Saya rasa kami mula mengambil bisnes ini secara serius kerana saya akan menjual beberapa aset saya termasuk motosikal untuk membeli van bagi urusan pengambilan stok gula-gula. "Saya ada kereta pacuan empat roda tetapi kalau hujan susahlah kerana tidak berbumbung... jadi saya sanggup jual dua atau tiga buah motosikal saya untuk membeli van bagi kegunaan bisnes ini," katanya. Pada 23 Ogos lalu, Achey terkejut perniagaan makanan ringan yang dijalankan Tiara menerima sokongan luar biasa daripada netizen. Biarpun tidak mendapat keuntungan besar, Achey bersyukur apabila mereka berjaya menjual sebanyak 3,000 pek gula-gula dan menerima 'gift' daripada pengikut di TikTok. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!