suria

Dalam diam rupanya Izara Aishah sedang sarat mengandung, dijangka bersalin anak kedua bulan depan

Izara berkongsi gambar menampakkan baby bump.

PELAKON Izara Aishah mengejutkan ramai peminat apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil dan dijangka bakal melahirkan anak kedua itu pada Oktober depan.

Menerusi laman Instagram, Izara, 33, berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik beberapa keping foto menampakkan baby bump pada bahagian perutnya.

"Saya ingin beritahu, saya akan bersalin bulan depan," katanya.

izara 4

Izara dijangka menyambut kelahiran anak kedua pada Oktober.

Pelakon ini bagaimanapun menutup ruangan komen di akaun miliknya itu.

Sebelum itu, Izara dilihat menghadiri majlis pelancaran edisi terbaharu kereta mewah jenama Roll Royce di Kuala Lumpur pada Selasa.

Pada Mei lalu, penampilan Izara mencuri perhatian netizen selepas didakwa sedang hamil.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah selamat melahirkan bayi perempuan, Tok Ti luah rasa syukur - “Alhamdulillah... makin bertambah ahli keluarga kita”

Ini selepas Tya Ariffin berkongsi foto di laman Instagram miliknya sewaktu mereka sedang bercuti bersama keluarga dan menghadiri majlis ilmu Ustaz Wadi Annuar.

Dalam satu foto dikongsi, netizen menyedari tubuh Izara kelihatan jelas seperti sedang sarat mengandung.

izara 3

Izara bersama suami dan anak pertama.

Untuk rekod Izara mendirikan rumah tangga dengan anak diri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017.

Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain