suria

Diana Danielle beralih bidang nyanyian, pasang impian rangkul anugerah… Akhirnya lancar lagu selepas isu rumah tangga selesai

Diana kini beralih fokus ke bidang nyanyian.

KURANG mengambil tawaran lakonan, aktres Diana Danielle melihat kerjaya seninya kini memasuki transisi baharu dengan memberikan fokus kepada bidang nyanyian pula.

Kata Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, keyakinan untuk terus serius sebagai penyanyi itu mula timbul selepas dia bernaung di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

"Sebelum ini saya buat sendiri dan tiada sokongan seperti syarikat pengurusan. Walau cuba banyak kali tetapi ia tidak menjadi. Sekarang masanya untuk saya tidak lagi berputus asa.

diana danielle 2

Diana mahu kukuhkan nama sebagai penyanyi.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini memang saya hanya ambil tawaran berlakon sekali setahun sahaja. Saya nak tukar kerjaya sebagai penyanyi.

"Jika terima tawaran berlakon terlalu banyak mungkin akan ganggu perjalanan kerjaya nyanyian... Hendak memulakan sesuatu yang baru kenalah fokus," katanya.

Terbaharu, Diana melancarkan lagu berjudul Bersama Dengan Rindu yang merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Ezra Kong.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Diana Danielle jawab perubahan wajah selepas cerai, mengaku khilaf isu tak hormati tempoh edah

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle 100 peratus maafkan Farid Kamil, tiada perasaan benci selepas cerai

Pernah tampil dengan beberapa lagu lain sebelum ini, Diana mengakui bukan mudah untuk terus mencipta kejayaan meskipun namanya sudah dikenali.

Sama seperti kebanyakan penyanyi lain, Diana juga memasang impian untuk memenangi anugerah atau beraksi di pentas besar.

Bukan itu sahaja, dia juga meletakkan harapan agar lagunya kelak dikenali di peringkat antarabangsa.

Apabila hendak memulakan sesuatu yang baharu kenalah beri fokus.

DIANA DANIELLE

PELAKON/PENYANYI

"Saya mahukan semua itu namun saya percaya tiada jalan mudah, mestilah ada rintangan, jadi sekarang ini kena bina kepercayaan pendengar dan terus berjuang.

"Sebenarnya sejak kecil lagi saya memang suka menyanyi. Saya masih ingat lagi ketika rakan-rakan ibu datang berkumpul di rumah, saya akan paksa mereka dengar nyanyian saya.

"Cuma mungkin sebelum ini belum ada ruang dan peluang, sekarang ini kita ada banyak platform dan saya rasa penting agar pendengar menyukai setiap lagu," ujarnya.

diana danielle 3

Diana harap lagu baharu dapat diterima baik peminat.

Bercerita lanjut mengenai lagu terbaharu itu, Diana memberitahu pelancaran tersebut terpaksa ditangguhkan susulan kemelut rumah tangga serta kes mahkamah membabitkan dirinya dengan bekas suami iaitu pelakon Farid Kamil.

"Lagu ini dah siap tahun lepas, tapi tangguh dulu pelancaran sebab saya berdepan isu peribadi.

"Boleh sahaja nak lancarkan awal dan mungkin akan mendapat perhatian ramai tetapi rasanya tidak manis saya lancarkan lagu ketika ada isu tersebut," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain